Pemain tengah Sri Pahang FC Norazam Azih, kembali menjadi pilihan Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Goon dalam senarai terbaru 27 pemain yang dikeluarkan oleh FAM sebentar tadi.

Azam sebelum ini disisihkan Kim kerana kecederaan ketika skuad kebangsaan dikumpulkan bagi menghadapi Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 yang dijalankan pada bulan Disember lepas.

Grafik : FAM

Untuk rekod, kali terakhir Azam dipanggil menyertai skuad kebangsaan adalah ketika kempen pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2023 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah kumpulan E yang dibarisi pasukan kebangsaan negara Bahrain, Turkmenistan dan Bangladesh.

Selain itu, dua orang pemain Sri Pahang FC pula diletakkan di dalam senarai menunggu iaitu Ketua Pasukan Sri Pahang, Sergio Aguero dan juga pemain sayap Muhammad Baqiuddin.

Baqiuddin diletakkan dalam senarai simpanan.

Senarai 27 pemain dikehendaki melapor diri bermula 18 Mac yang mana Johor Bahru akan menjadi pusat latihan bagi sesi kali ini.

Malaysia akan menghadapi dua perlawanan persahabatan Antarabangsa Tier 1 menentang pasukan Turkmenistan dan juga Hong Kong yang masing-masing dijadualkan pada 23 dan 28 Mac 2023 di Stadium Sultan Ibrahim jam 10 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: