Sri Pahang berjaya sekali lagi mengelak daripada kekalahan menentang pasukan 4 teratas Liga Super, selepas berjaya mengikat Sabah 1-1 di Stadium Darul Makmur pada Ahad malam.

Tiada perubahan ketara dari Fandi Ahmad dari kemenangan pusingan pertama Piala FA sebelum ini cuma menggantikan Syazwan Andik dengan Aguero di bahagian sayap kiri dengan Fadhli Shas menggalas tugas selaku Ketua Pasukan.

Kesebelasan Utama Sri Pahang FC menentang Sabah FC. Foto : SLP Studios

Tuan rumah yang terpaksa mengharungi 3 perlawanan dalam tempoh 7 hari, dipaksa bergelut menghalang segala asakan bertali arus daripada pasukan Sabah sebaik sahaja tiupan wisel dari pengadl dimulakan.

Hasilnya, pelawat memecah kebuntuan perlawanan hasil tandukan Daniel Ting yang menerima hantaran daripada sebelah kanan oleh Kwang Ming Ko pada minit ke-14 yang menewaskan Izham.

Baqiuddin berjaya melepasi kawalan Daniel Ting. Foto : SLP Studios

Sri Pahang sesekali cuba bertindak balas, namun barisan tengah seakan terputus dengan barisan hadapan, yang memaksa Kpah Sherman kelihatan selalu berseorangan di bahagian atas.

Kesabaran tuan rumah akhirnya berhasil melalui satu serangan balas, apabila Azrif Nasrulhaq bijak melorongkan bola kepada Kpah Sherman untuk menghasilkan gol penyamaan Tok Gajah pada minit ke-26.

Kpah meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. Foto : SLP Studios

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan 1-1, dan Sabah terus menguasai perlawanan sebaik separuh masa kedua bermula.

Sri Pahang sesekali melancarkan serangan balas, namun kerap kali tersekat dengan gandingan mantap pertahanan Sabah.

Ingreso cuba mendapatkan bola dari Wilkin. Foto SLP Studios

Walaupun Sabah menguasai sebahagian besar perlawanan, tuan rumah berjaya juga menyekat usaha pelawat yang menyaksikan Sri Pahang mengutip keputusan seri ketiga mereka musim ini, paling tinggi di dalam liga setakat ini, seterusnya membolehkan mereka melonjak ke tangga ke-4 Liga Super

Selepas ini Sri Pahang akan kembali semula ke Stadium Perak pada Khamis untuk bertemu Perak, sebelum liga berehat panjang untuk aksi antarabangsa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: