Seperti dijangka, Pahang Rangers sekali lagi mudah mengutip kemenangan ke-4 berturut-turut, kali ini berpesta menjaringkan 6 gol membelasah ATM di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Perlawanan ternyata berat sebelah dengan Pahang Rangers menguasai hampir keseluruhan permainan dengan menjaringkan 2 gol dalam tempoh 5 minit pertama, hasil jaringan Matheus Gonzalez dan kapten pasukan, Akmarulnizam Idris. Harith Naim dan Mahadir Harahap memastikan Rangers selesa mengakhiri separuh masa pertama dengan cukup selesa dengan jaringan 4-0.

Kredit foto FAM

Ridzwan Bakri dan Farhan Anuar terus melebarkan penguasaan pelawat melalui 2 gol dalam tempoh 4 minit, sebelum kapten pasukan ATM, Shamsuri Saleh berjaya juga mencuri 1 gol di penghujung permainan. Rangers kini terus mendahului Kumpulan A dengan 12 mata maksimum, dan bakal melayani kunjungan Terengganu di Sukpa pada Sabtu ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *