Juara 3 kali Piala FA, Sri Pahang terpaksa menunggu pada 10 minit terakhir permainan untuk mengesahkan kemaraan ke Pusingan Kedua Piala FA, bangkit dengan 2 gol selepas ketinggalam 1-0 pada separuh masa pertama.

Christian Obiozor memecah kebuntuan perlawanan pada minit ke-34 dengan rembatan jarak dekat menewaskan penjaga gol Tok Gajah, Izham Tarmizi.

Kpah cuba melepasi pertahanan Perak FC. Foto : MFL

Perak terpaksa bermain 10 orang pada minit ke-65, selepas Fadhli Idris dilayangkan kad kuning kedua, sekaligus memaksa tuan rumah bergelut menghabiskan baki 25 minit permainan, walaupun pada awalnya barisan serangan mereka tersusun agak baik.

Kesempatan ini diambil oleh anak buah Fandi Ahmad, untuk melancarkan serangan bertali arus, dan gol yang dicari-cari menjelma juga, apabila Malik Arif menyambut hantaran sepakan penjuru Azam Azih untuk gol penyamaan Sri Pahang pada minit ke-82.

Baqiuddin Shamsuddin sekali lagi memainkan watak penting dalam mendapatkan sepakan penalti, apabila kelicikan beliau telah memaksa pertahanan Perak menjatuhkannya di dalam kotak penalti.

Stefano Brundo tenang menyempurnakan sepakan penalti tersebut dan menewaskan Bryan See buat kali kedua pada penghujung masa kecederaan.

Sri Pahang bakal bertemu Selangor di MBPJ pada pertengahan April untuk Pusingan Kedua Piala FA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: