Masuk minggu ke-3 saingan MPFL, masih tiada kelab yang mampu menyekat dominasi Pahang Rangers dalam kumpulan A, apabila mereka sekali lagi berpesta gol, kali ini membelasah Kedah 8-2.

Walaupun mengambil lebih separuh minit permainan separuh masa pertama untuk memecahkan kebuntuan melalui penyudah Khaiyum Khaimi, Rangers berjaya juga mendahului 3-1 pada separuh masa pertama.

Matheus Gonzalez sekali lagi menari samba untuk meraikan jaringan kedua Rangers, dan Harith Naim melengkapkan 3 jaringan awal, sebelum Syarifuddin mencuri satu gol buat Kedah sebelum rehat.

Kredit foto : FB Pahang Rangers

Pahang Rangers memulakan separuh masa kedua dengan lebih teratur, penjaring terbanyak mereka, Amin Nasrollah terus mencetak jaringan ke-4 dan ke-5, sebelum 2 gol Farhan dan 1 gol Alif Mat Amin melengkapkan 8 gol buat tuan rumah.

Kedah mencuri satu lagi gol di penghujung minit permainan melalui Shahir, untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 8-2.

Kemenangan ini terus meletakkan Pahang Rangers di puncak kumpulan A, 9 mata maksimum dan mencetak 24 gol, manakala Kedah kekal di pertengahan liga dengan 1 mata.

Selepas ini, Rangers dijadualkan bertemu pasukan tercorot liga, ATM di KSN Panasonic pada 12 Mac.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: