Apa Berlaku Dalam Matchday 2?

Pahang Rangers mudah menjadikan KPT-PST Mustang lauk santapan, dengan kemenangan besar 7-1 dan 7 pemain berbeza mencetak jaringan.

Kedah pula masih terus gagal mencatatkan sebarang kemenangan, selepas tewas 3-4 dalam derbi utara di Alor Star kepada Pulau Pinang.

Pahang Rangers meraikan kemenangan mereka menentang KPT-PST Mustang. Foto : Facebook Pahang Rangers

Prestasi Semasa

Rangers masih unggul sebagai pendahulu MPFL kumpulan A dengan 6 mata maksimum, Kedah pula kini di tangga ke-4, sekadar mengutip 1 mata, seri bergaya mengikat Terengganu di gelanggang lawan, namun tewas pula di gelanggang sendiri kepada Pulau Pinang.

Pemain Tumpuan Lawan

Kedah dibarisi sepenuhnya dengan pemain tempatan, dan 4 orang telah menjaringkan gol setakat ini. Ala Syarifuddin Md Akhir, Hanis Izzuddin, Haziq Yusoff, dan Khairi Abadi.

Skuad Kedah Futsal. Foto : Facebook FAM

Jangkaan Keputusan

Beraksi di Sukpa, pastinya ibarat misi mustahil buat Kedah untuk mencari 3 mata sulung, ditambah pula pemain Rangers hampir pasti bebas daripada kecederaan dan penggantungan.

Dengan diperkuatkan 2 pemain import berkualiti, dan sorakan padu penyokong sendiri, Rangers seharusnya tidak mempunyai masalah mencatatkan kemenangan, mungkin sekali lagi berpesta gol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: