Kegigihan Pahang Rangers dalam menempuh kesukaran dalam mendapat tempat dalam arena Liga Futsal Kebangsaan akan dipaparkan kepada peminat-peminat futsal tanahair melalui dokumentari Mimpi Futsal yang ditayangkan di Astro Arena pada petang ini.

Dahulunya dikenali sebagai Kuantan Rangers, dokumentari berdurasi lebih kurang 40 minit ini diterbitkan oleh Valor Visuals dengan penggambaraan dilakukan sekitar tahun 2018 dan tidak pernah ditayangkan kepada umum sebelum ini.

Poster Promo Mimpi Futsal

Presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah adalah tulang belakang kepada dokumentari ini dimana YAM Presiden mahu berkongsi keperitan Pahang Rangers yang dahulunya dikenali sebagai Kuantan Rangers mencari tempat di Kejohanan Liga Kebangsaan.

Presiden Pahang Rangers, YAM Tengku Arif Temenggong, Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah

Tidak seperti sekarang, untuk menyertai kejohanan peringkat tertinggi futsal di negara ini pada ketika itu setiap pasukan perlu melalui pusingan kelayakan yang mana slot yang diperuntukan sangat terhad.

Sehinggakan di satu peringkat, Kuantan Rangers yang yang ketika itu yang sudah membentuk kelab tersusun dari segi pengurusan terpaksa menyertai Liga Futsal Brunei pada 2017 bagi memberi perlawanan yang kompetitif bagi para pemain mereka.

Namun usaha itu berbaloi apabila Kuantan Rangers muncul juara dalam di liga tersebut dan mencatat rekod menjadi satu-satunya kelab futsal dari Malaysia yang menjuarai liga futsal di luar negara.

Kuantan Rangers muncul juara Liga Futsal Brunei (LFB) pada tahun 2017

Berkat usaha dan kegigihan mereka, akhirnya Kuantan Ranger berjaya layak ke Liga Futsal kebangsaan (LFK) pada tahun 2018 setelah menjuarai kumpulan B Pusingan Kelayakan LFK pata tahun tersebut.

Diarahkan dan disunting oleh Gerson Leiva dan David Lopera yang merupakan rakan universiti Tengku Presiden semasa di US, Mimpi Futsal akan ditayangkan di saluran Astro Arena 801 pada jam 1 petang hari ini (Sabtu, 4 Mac 2023).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: