Sri Pahang memperolehi 3 mata pertamanya apabila membelasah Kelantan FC dengan keputusan 4-1 dalam perlawanan yang berlangsung d Stadium Darul Makmur pada malam Khamis.

Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad melakukan sedikit rombakan dengan melakukan beberapa pertukaran berbanding ketika bertemu dengan Negeri Sembilan di Paroi tempoh hari namun masih kekal dengan formasi yang sama.

Zarif Irfan tampil dalam kesebelasan utama menggantikan Izham Tarmizi yang cedera setelah dikejarkan ke Hospital pada perlawanan menentang Negeri Sembilan sebelum ini.

Ketua Pasukan Sri Pahang musim ini, Sergio Aguero pula diberi kepercayaan Fandi untuk bergandingan dengan Kpah Sherman setelah disisihkan sebelum ini dengan Norazam Azih dan Kevin Ingreso pula menguatkan barisan tengah Sri Pahang.

Bermain d atas padang yang becak, Sri Pahang tidak menunggu lama apabila mendahului di minit ke 12 melalui Kpah Sherman yang merembat di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Kelantan FC, Rozaimi Rahamat.

Rembatan Kevin Ingresso menghasilkan gol kedua

Walaupun mendapat tentangan sengit daripada pemain Kelantan FC, Sri Pahang tetap terus mengasak dan berjaya memperolehi gol kedua pada minit ke-37 hasil rembatan dari luar kotak penalti oleh Kevin Ingresso.

Bagaikan dirasuk, Sri Pahang menambah dua lagi gol sebelum tamat separuh masa pertama masing-masin melalui Aguero dan Brundo menjadikan kedudukan 4-0 sebelum para pemain menuju ke bilik persalinan.

Kevin meraikan jaringannya bersama barisan kejurulatihan.

Apabila babak kedua bersambung, Sri Pahang tampak mengendurkan serangan manakala Kelantan FC pula memberi asakan dan mendapat melakukan percubaan terbaiknya melalui rembatan dari luar kotak penalti oleh Muhaimin namun berjaya ditepis keluar oleh Zarif.

Kelantan FC bagaimanapun memperolehi gol saguhati sejurus sebelum wisel permainan ditiupkan pengadil setelah Cifu menyambar bola muntah Zarif Irfan susulan rembatan dari Muhaimin Izuddin.

Keputusan ini membolehkan Sri Pahang memperolehi kemenangan pertamanya dan Kelantan FC masih gagal menemui sentuhan kemenangan dalam musim kembalinya mereka ke Liga Super.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: