Hajat Sri Pahang FC untuk memulakan Liga Super Malaysia bagi musim 2023 dengan langkah kanan tidak kesampaian apabila sekadar seri dengan pasukan tuan rumah, Negeri Sembilan FC di Paroi pada Ahad.

Hadir tanpa kehadiran penyerang import dari Brazil, Lucas Silva yang mengalami kecederaan pada sebelum perlawanan ini, Fandi Ahmad mempertaruhkan Kpah Sherman sebagai penyerang tunggal pada perlawanan ini sambil dibantu David Rowley di belakangnya.

Manakala di barisan pertahanan, Fandi meletakkan 5 pemain diketuai Michael Glassock manakala Azam Azih mengetuai barisan tengah pasukan untuk bergandingan dengan Baqiuddin dan Stefano Brunda.

Barisan kesebelasan utama Sri Pahang FC menetang Negeri Sembilan FC. Foto : Sri Pahang FC

Di babak permulaan permainan, Sri Pahang dilihat lebh mengancam dengan melakukan beberapa serangan ke kubu Negeri Sembilan namun kekentalan barisan pertahanan Negeri Sembilan yang diketuai Harold Goulon menafikan jaringan dilakukan.

Sebaliknya, pasukan tuan rumah yang terlebih dahulu menjaringkan gol pendahuluan melalui Casagrande yang bijak mengawal bola selepas tandukan kebelakang oleh Goulon untuk menewaskan Izham Tarmizi pada minit ke 20.

Sri Pahang yang sedar perlu mecari gol pernyamaan melakukan pertukaran awal apabila memasukkan Malik Mat Arif menggantikan Baqiuddin bagi menambah sengat serangan pasukan pelawat.

Namun begitu, gol tunggal itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Di babak kedua, Fandi Ahmad melakukan pertukaran kedua apabila memasukkan Kevin Ingresso bagi menggantikan Ryan Swirad yang dilihat mengalami kecederaan ketika di babak pertama.

Glassock mengasak penyerang Negeri Sembilan Casagrande. Foto : Sri Pahang FC

Perubahan itu tampak menjadi apabila Malik Mat Arif menjaringkan gol pernyamaan yang dicari menerusi tandukan setelah menerima hantaran dari David Rowley.

Perlawanan ini juga menyaksikan penjaga gol Sri Pahang, Izham Tarmizi terpaksa dikeluarkan dan dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di kepala setelah berlaga dengan Mohd Hasbullah ketika perlawanan masuk di minit tambahan separuh masa pertama.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati dengan hanya berkongsi mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: