Teka teki senarai pemain pasukan Sri Pahang FC bagi musim 2023 akhirnya terjawab setelah satu majlis memperkenalkan pemain dan jersi terbaru dijalankan dengan jaya petang tadi.

Majlis yang dihadiri oleh Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong, Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah diadakan di Timorra Venue serta ditayangkan secara langsung di Facebook Sri Pahang FC.

Seramai 25 pemain telah diperkenalkan dengan Sergio Aguero diumumkan sebagai Ketua Pasukan yang baru manakala 2 orang pemain lain iaitu Norazam Azih dan Fadhli Shas diumumkan sebagai penolong kapten pasukan.

Sri Pahang 2023

foto : Safwan Rozi

Hanya 6 pemain import yang direkrut oleh Sri Pahang dengan 2 daripadanya baru di Liga Malaysia iaitu Michael Glasscock dari Australia dan Stefano Brundo (Argentina), 2 pemain pernah bermain bersama pasukan lain iaitu pemain Liberia, Kpah Sherman yang pernah bermain dengan pasukan Terengganu FC serta pemain dari Brazil, Lucas Silva yang dahulunya mewakili Penang FC.

Dua orang lagi adalah pemain import yang dikekalkan pada musim lepas iaitu Kevin Ingreso (Filipina) dan Sherzod Fayziev (Uzbekistan).

Bagi pemain tempatan, Sri Pahang FC menambah 5 pemain baru iaitu Shahmie Iszuan dari Sarawak United, Fadhli Shas (Melaka United) serta 3 pemain pinjaman dari Johor DT iaitu Penjaga gol Izham Tarmizi, pemain bek kanan Azrif Nasrulhaq dan pertahanan Syazwan Andik.

Fandi Ahmad dan Dato’ Ahmad Yusof
Pix : Sri Pahang FC

Sri Pahang FC melantik legenda Singapura, Fandi Ahmad sebagai Ketua Jurulatih dengan dibantu oleh Dato’ Ahmad Yusof dan Ahmad Shaharuddin Rosdi.

Manakala Ketua Jurulatih Interim musim lepas Dato’ Dollah Salleh dilantik sebagai Pengurus Pasukan.

Dalam majlis yang sama, jersi pasukan tajaan jenama jersi tempatan HAKKA CLO juga diperkenalkan dengan tiga variasi iaitu jersi tuan rumah berwarna kuning-biru, jersi away berwarna biru-kuning dan third berwarna biru torqoise-ungu.

Berikut adalah senarai pemain pasukan Sri Pahang FC berserta no jersi masing-masing :

PENJAGA GOL

Zarif Irfan (1), Izham Tarmizi (24), Wan Mohd Syazmin (25)

PERTAHANAN

Nick Swirad (4), Michael Glasscock ?? (5), Shahmie Iszuan (11), Ashaar Al-Aafiz (13), Stefano Brundo ?? (15), Syazwan Andik (21), Azwan Arippin (23), Fadhli Shas (27), Azrif Nasrulhaq (29), Sherzod Fayziev ?? (31), Muslim Ahmad (58)

TENGAH

Kevin Ingreso ?? (6), Baqiuddin Shamsuddin (12), Zuhair Aizat (17), Shahrulnizam Hadzir (19), Azam Azih (20), Ibrahim Manusi (30), David Rowley (55).

PENYERANG
Lucas Silva ?? (7), Kpah Sherman ?? (9), Malik Ariff (10), Sergio Aguero (16).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: