Pengendali Sri Pahang, Fandi Ahmad sedikit terkilan dengan aksi anak buahnya yang gagal meledak sebarang jaringan, ketika aksi pra-musim terakhir menentang PDRM di Cheras pada Khamis yang lepas.

Beliau yang ditemubual oleh Astro Arena mengakui pasukannya menguasai permainan di babak kedua tapi malangnya gagal menemui sentuhan jaringan.

Walau bagaimanapun, Fandi mengakui skuadnya masih belum menunjukkan taring yang sebenar, kerana beberapa pemain masih bergelut dengan kecederaan, dan keserasian masih dalam proses penambahbaikan.

Dalam perlawanan berkenaan, Sri Pahang tewas 0-2 kepada PDRM, hasil jaringan penalti Uche Agba pada separuh masa pertama, dan gol rembatan kencang Bruno Suzuki pada separuh masa kedua.

Skuad Sri Pahang FC bakal memulakan aksi Liga Super menentang Negeri Sembilan di tempat lawan pada 26 Februari ini jam 9.00 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: