Dalam bahagian pertama, kami telah mengupas tentang pasukan yang bertanding dan juga format perlawanan.

Untuk bahagian kedua ini, kami akan memperkenalkan venue yang terlibat serta beberapa info tambahan tentang MPFL 2023.

Venue perlawanan

Tidak seperti musim 2022 yang hanya dilangsungkan di satu venue sahaja, MPFL kali ini lebih menarik kerana setiap pasukan boleh memilih venue mereka masing-masing ketika bertindak sebagai pasukan tuan rumah.

Ini adalah venue yang menjadi pilihan pasukan-pasukan yang bertanding :

  1. Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Pasukan : Selangor MAC, Selangor TOT, ATM FA, KPT-KST Mustang, Shah Alam City, KL City FC dan Kuala Lumpur.

  1. Stadium SUKPA, Kuantan.

Pasukan : Pahang Rangers

  1. Stadium Negeri, Kuala Terengganu

Pasukan : Terengganu FC

  1. Kompleks Sukan Balik Pulau, Balik Pulau

Pasukan : Penang FC

  1. Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar

Pasukan : Kedah FA

  1. Larkin Arena, Johor Bahru

Pasukan : Johor DT FC

  1. Kompleks Sukan ISN Raja Muda, Kuala Lumpur

Pasukan : KL City FC

  1. Gelanggang Futsal Yayasan Sabah, Kota Kinabalu

Pasukan : Sabah FA

  1. Stadium Perpaduan, Kuching

Pasukan : PFA Odin Sarawak

Lain-lain info

  1. Walaupun venue-venue ini sudah diumumkan FAM di dalam kalendar pertandingan, ia bagaimanapun masih dalam pertimbangan dan belum muktamad.
  2. Jika tidak diluluskan kerana tidak mencapai standard yang dimahukan, pasukan berkenaan mungkin akan bermain di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.
  3. ASTRO Arena mengumumkan akan menyiarkan beberapa perlawanan MPFL secara langsung malangnya hanya venue di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam sahaja.
  4. Bagi venue-venue lain, pasukan tuan rumah dibenarkan untuk melakukan siaran secara langsung sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: