Naib Juara musim lalu, Pahang Rangers bakal membuka tirai MPFL2023 bertemu Sabah di Stadium Tertutup Sukpa, Kuantan pada Sabtu.

Sabah yang kembali menyertai kejohanan futsal kebangsaan selepas menyepi pada musim 2022, diperkuatkan sepenuhnya dengan pemain tempatan, termasuklah dibarisan kejurulatihan.

Antara pemain Sabah yang perlu diberikan perhatian pastinya bekas pemain Rangers sendiri, Iftitah Ahmad, yang beraksi pada musim lepas bersama Selangor TOT. Dengan majoriti pemain adalah muka baru, dan memiliki minit permainan bersama masih di peringkat mencari keserasian, pastinya tugas yang sangat besar buat Iftitah dan pasukannya untuk menyerap asakan padu Pahang Rangers.

Manakala, Pahang Rangers pula telah melalui 7 perlawanan pra-musim dengan mencatatkan 6 kemenangan dan 1 seri. Sekalipun kehilangan beberapa tonggak seperti Awaluddin, Abu Hanifah dan Yazid, mereka kini diperkuatkan dengan 2 pemain import iaitu Amin Nasrollah (Iran) di an Matheus Gonzalez (Brazil).

Dengan majoriti pemain tempatan seperti Akmarulnizam, Saifulnizam, Farhan dan Mahadir, sudah memiliki keserasian yang agak baik selepas bermain bersama selama beberapa musim, Rangers dilihat memiliki kelebihan yang lebih baik untuk mengutip 3 mata sulung, terutamanya bakal beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri di Kuantan.

Namun begitu, mereka harus berhati-hati dan tidak terlalu yakin, kerana skuad badak pastinya ingin melakukan kejutan berbekalkan semangat “Radu Sabah Radu”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: