Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) bakal membuka tirainya minggu ini dan berikut adalah perkara yang anda perlu tahu sebelum hadir ke venue-venue bagi menyokong pasukan kesayangan anda.
Penyertaan pasukan
Sebanyak 14 pasukan akan sertai MPFL kali ini hanya kurang satu pasukan berbanding pada musim 2022.
Pasukan yang masih bertanding adalah :
- Selangor MAC
- Pahang Rangers FC
- Selangor TOT
- Penang FC
- Terengganu FC
- Shah Alam City FC
- KPT-PST Mustang
- Kedah
- KL City FC
- Kuala Lumpur
- ATM FA
Manakala pasukan baru untuk musim ini ialah :
- Johor DT
- Sabah FA
- PFA Odin Sarawak
Pasukan seperti Negeri Sembilan FC, PDRM, Kelantan FC dan Perak tidak dapat menghantar pasukan bagi musim 2023 kerana masalah masing-masing.
Format pertandingan
Kesemua pasukan ini dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut zon seperti berikut :
Pertandingan akan dijalankan secara format liga dua pusingan (home & away) menyaksikan setiap pasukan akan beraksi sekurang-kurangnya 12 perlawanan.
4 pasukan teratas setiap kumpulan pula akan mara ke pusingan kalah mati yang mana pada pusingan suku akhir perlawanan akan diadakan secara satu pusingan (venue akan diundi).
Manakala perlawanan separuh akhir dan akhir akan dijalankan secara timbal balik mengikut venue pilihan masing-masing.
Tidak habis disitu, pada Ogos dan September 2023 Malaysia Futsal Cup 2023 pula akan menyusul.
Enam pasukan iaitu 3 pasukan setiap kumpulan akan layak secara automatik manakala pasukan keempat dan kelima setiap kumpulan akan mengharungi perlawanan peringkat kelayakan untuk memilih dua pasukan tambahan menyertai enam pasukan sebelum ini.
Peringkat kalah mati ini diadakan secara tmbal balik di venue pilihan pasukan bermula dari suku akhir, separuh akhir dan juga perlawanan akhir.
Dalam bahagian dua nanti, kami akan ceritakan pula venue perlawanan serta beberapa info tambahan bagi MPFL untuk musim ini.