Juara Liga Amateur Kuantan (Liga M5) musim 2022, YPM FC, sedang giat melakukan persiapan rapi bagi menghadapi Liga M4 yang bakal membuka tirai pada bulan Mac. Kelab yang ditubuhkan oleh Syarikat YP Maintenance, dan berpangkalan di Kuantan sejak 2013, diperkuat dengan beberapa orang bekas pemain Pahang, seperti kapten pasukan, Syawal Norsham, Fauzi Roslan, Helmi Abdullah dan juga Hilmi Husaini.

YPM yang juga sering kali menjadi rakan ‘sparring’ Sri Pahang, dan turut melakukan beberapa perlawanan persahabatan, seperti menentang Jerantut FC dan Malaysia B-17 sebagai persiapan pra-musim. Mereka bakal melakukan Jelajah Lembah Klang dalam masa terdekat, bagi mengatur 2 lagi perlawanan persahabatan, iaitu menentang Juara M5 Putrajaya, Jakim FC dan Raja Muda Rovers.

Sebagai persediaan menghadapi musim baru juga, YPM turut mengorak langkah dalam memperkasakan lagi imej pasukan, dengan memperkenalkan logo baru pasukan melalui pertandingan yang dilakukan baru-baru ini. Dengan imej serba baru selepas ini, diharap lebih banyak lagi pihak penaja yang membuka mata untuk menaja, selain daripada membina imej yang lebih mantap di media sosial dan rakyat Pahang khususnya. Satu majlis pelancaran logo baru dan jersi pasukan akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kelak.

Semoga berjaya buat YPM !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: