Menjelang seminggu lagi sepak mula Liga Futsal Kebangsaan, Pahang Rangers dan pendatang baru futsal negara, JDT berentap dalam aksi pra-musim terakhir mereka di Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

JDT yang diperkuat dengan majoriti pemain kebangsaan termasuk bekas pemain Rangers sendiri seperti Awaluddin, Abu Hanifah, Firdaus Ambiah dan Zakwan pada awalnya ketinggalan 0-4 pada separuh masa pertama, sebelum kembali mendapat rentak. 5 gol Pahang Rangers dijaringkan oleh Khaiyum, Ridzwan, Farhan, Harith Naim dan Matheus.

JDT bangkit di separuh masa kedua, sebelum mengakhiri perlawanan dengan gol penyamaan ke-5 di penghujung minit permainan. Sekalipun hanya aksi persahabatan, perlawanan sebentar tadi sangat sengit, sekaligus menjanjikan aksi Liga Futsal Kebangsaan kali ini akan jadi lebih menarik dan mencabar.

Pahang Rangers bakal bertemu Sabah di Sukpa pada 18 Februari, manakala JDT hanya akan memulakan aksi sulung mereka dalam kancah futsal kebangsaan menentang Shah Alam City di Larkin seminggu kemudian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *