Dalam majlis undian Piala FA yang berlangsung semalam, Sri Pahang bakal menghadapi saingan getir seawal pusingan pertama, selepas diundi bertemu Perak di Stadium Perak, Ipoh. Perak walaupun kini dibarisi majoriti pemain muda dan muka baru, pastinya ingin melakukaan kejutan ke atas kunjungan Tok Gajah, dengan percaturan bekas jurulatih skuad muda Bayern Munich dan negara, Lim Teong Kim.

Perlawanan tersebut bakal berlangsung secara kalah mati dalam satu pusingan, dan hanya pemenang dicari dalam pertemuan di Ipoh. Pemenang dalam perlawanan ini bakal bertemu Selangor di MBPJ dalam Pusingan 16.

Untuk rekod, Sri Pahang pernah menjuarai 3 kali trofi Piala FA, iaitu pada 2006, 2014 dan 2018, manakala Perak merupakan juara edisi sulung 1990.