Selepas melalui 3 perlawanan pra-musim di Kuantan menentang pasukan-pasukan amateur sekitar Pahang, dan jelajah Bangkok serta 3 perlawanan ujian bersama kelab-kelab Korea Selatan, Tok Gajah bakal terbang ke Sarawak pada minggu hadapan.

Anak buah Fandi Ahmad bakal melalui 2 perlawanan ujian berturut-turut menentang Kuching City di Stadium Negeri Sarawak. Laman Facebook rasmi Kuching City turut mengesahkan perlawanan ini, begitu juga dengan Sri Pahang.

Untuk makluman, 3 perlawanan pra-musim di Kuantan berakhir dengan :

7/1/2023 | Sri Pahang 8️⃣0️⃣ Frenz Rovers | Taman Gelora
12/1/2023 | Sri Pahang 8️⃣0️⃣ YPM FC | Taman Gelora
18/1/2023 | Sri Pahang 2️⃣0️⃣ AMD B17 | AMD Gambang

Manakala, tiada info rasmi mengenai keputusan 3 perlawanan ujian di Bangkok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: