Separuh Akhir Piala Malaysia 1: Walaupun Seri, Saya Tetap Bangga Dengan Pemain Saya

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh sedikit menghela nafas lega selepas pasukan kendaliannya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar malam tadi. Meskipun dibolosi pada lewat permainan separuh masa kedua, perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3-3 ini dilihat sedikit memihak pasukan pelawat yang berjaya meraih 3 gol di tempat lawan.…