“Saya pun tidak menyangka bola itu akan menerjah jaring”. Itulah ungkapan pemain terbaik perlawanan, Herold Goulon yang berjaya menjaringkan gol ketiga Pahang sekaligus mencerahkan lagi laluan pasukan Tok Gajah dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini. Terdahulu, Goulon berjaya melonjak tinggi dan menanduk masuk hantaran lintang Norazam Azih bagi meletakkan Pahang di hadapan pada minit ke 11.


“Saya berasakan gol kedua jaringan saya pada lewat permainan adalah bernasib baik.” “Saya amat gembira dapat menjaringkannya dan lega apabila kami dapat menamatkan permainan dengan kelebihan dua jaringan”. Dalam pada itu, beliau tetap mengharapkan kecederaan Dickson Nwakaeme tidaklah serius dan berharap agar beliau boleh kembali beraksi pada perlawanan kedua di Ipoh Sabtu ini sekaligus menambah keyakinan kami untuk melangkah ke perlawanan akhir.

Aksi Dickson Nwakaeme pada separuh masa pertama. Foto: Maisurudin, Media Tokgajah.com

Dalam perkembangan lain, penggendali Pahang, Dollah Salleh menyifatkan perlawanan pertama semalam (Sabtu) bukanlah keputusan yang selesa dan selamat. Namun begitu, jaringan ketiga pada waktu kecederaan sedikit melegakan kem Pahang walaupun sebenarnya beliau memang tidak menyangka bola itu akan menerjah jaring.

Kem Pahang ketika meraikan jaringan. Foto: Maisurudin, Media Tokgajah.com

Dollah turut menambah, selepas Dickson dikeluarkan akibat kecederaan, pemain-pemain Pahang dilihat bermain agak berhati-hati dan di situ kita lihat pasukan lawan dapat mengambil kesempatan dan menjaringkan gol di tempat lawan.

“Kita perlu lebih bersedia untuk aksi timbal balas di Ipoh nanti kerana bukan mudah untuk beraksi di sana ditambah dengan kelebihan Perak membawa pulang satu gol di Kuantan.


Pada perlawanan pertama di Stadium Darul Makmur, Pahang menewaskan Perak dengan jaringan 3-1 hasil dua jaringan Herold Goulon dan satu lagi gol dijaringkan Mohamadou Sumareh pada minit ke 39 manakala K. Partiban berjaya mendapatkan gol berharga Perak pada minit ke 54 untuk menghidupkan peluang beraksi pada perlawanan kedua pada 29 Jun 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *