PKNS-Pahang : Pahang Wajib Bangkit

Terikat seri 1-1 di hadapan penonton sendiri dengan pendatang baru Liga Super, PJ City amat memeritkan buat skuad kendalian Dollah Salleh kerana terpaksa membiarkan JDT terus mendahului carta liga dengan kelebihan 2 mata.

Tidak ada pilihan lain buat Tok Gajah dalam pertemuan menentang PKNS pada Ahad ini selain perlu mencatatkan kemenangan ke atas ‘Sang Semut Merah’ agar jurang mata tidak menjadi lebih jauh.

Sejarah Pertemuan

Dalam sejarah pertemuan Liga Super kedua-dua pasukan, perlawanan pertama hanya berlangsung pada musim 2013, yang menyaksikan PKNS mencatatkan kemenangan 3-1 di Darul Makmur.

Patrick Ronaldinho meledak 2 gol buat PKNS bagi memadam gol pendahuluan Pahang yang dijaringkan oleh R Gopinathan pada separuh masa pertama.

Manakala, dalam perlawanan ulangan di Shah Alam, Pahang pula mencatatkan kemenangan dramatik 5-4, dengan Patrick Ronaldinho menjaringkan keempat-empat gol PKNS.

Pertemuan Liga Super berikutnya bagi kedua-dua pasukan telah berlangsung pada musim 2014 dan 2017 dengan Pahang telah memenangi kesemua 4 pertemuan Liga Super tersebut.

Ketika itu, Stadium Shah Alam ibarat padang latihan Tok Gajah, apabila mudah meledak 3 gol untuk kedua-dua pertemuan ‘Away’.

https://www.youtube.com/watch?v=CCVs494XzL8

Selepas 5 tahun, barulah PKNS berjaya memenangi pertemuan Liga Super mereka menentang Pahang, apabila Safee Sali meledak gol pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan berharga buat PKNS pada musim lalu.

Pertemuan di Darul Makmur pula menyaksikan Issey Nakajima menjaringkan gol tunggal perlawanan untuk Pahang membalas semula kekalahan di Shah Alam.

Prestasi 2019

Musim ini merupakan musim kedua K Rajagopal mengendalikan PKNS selepas cemerlang membawa pasukan menduduki tangga ke-3 Liga Super musim lalu, selain layak ke pusingan kalah mati untuk saingan Piala FA dan Piala Malaysia.

Kemasukan beberapa pemain ternama seperti Akram Mahinan dan bekas pemain import Pahang daripada Kemboja, Chan Vathanaka serta kepulangan semula Gabby Guerra menambah lagi sengat Sang Semut Merah yang kini menduduki tangga ke-4 carta liga.

450 minit tanpa bolos dalam 8 perlawanan liga membolehkan barisan pertahanan PKNS sebaris dengan Pahang dan Kedah yang mencatatkan bolos paling rendah ketika ini.

Di tambah pula taktikal K Rajagopal yang merupakan pakar bertahan sepatutnya memberi ilham kepada Dollah Salleh bagaimana untuk merencanakan serangan terbaik bagi pertemuan Ahad ini.

Semoga Tok Gajah berjaya ‘memijak lumat’ Sang Semut Merah.

Jumlah Pertemuan Liga Super : 8 Pertemuan (Pahang menang 6, PKNS 2)

Featured Pic : Pahang FA

Post Author: Syed Ahmad Muhsin

Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *