Peluang Pahang Cipta Kemenangan Sulung di STAR, Jengka

Stadium Tun Razak (STAR), Jengka mula menjadi gelanggang rasmi pasukan Felda United bagi saingan Liga Malaysia bermula pada 2016.

Menggunakan rumput tiruan pastinya mendatangkan masalah buat pasukan lawan untuk mencipta sebarang keputusan positif ketika beraksi di sana.

Begitu juga buat pasukan Pahang, Tok Gajah tidak pernah berjaya mengelak daripada mengalami kekalahan ketika beraksi di sana.

Image result for felda United vs pahang
Matthew Davies diasak Wan Zack Haikal dalam aksi pada 2017. Foto: Berita Harian

Sepanjang pertemuan Liga Super Felda United dan Pahang, 3 stadium pernah menjadi pilihan pasukan ‘Sang Peneroka’ sebagai tuan rumah, bermula dengan Stadium PBKL, Cheras dalam penampilan sulung mereka pada 2011.

Pertemuan itu telah berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Juara Liga Perdana 2010 itu dengan jaringan 2-1, gol sumbangan penalti Liew Kit Kong dan Farderin Kadir sebelum Azammuddin Akil menjaringkan gol saguhati Pahang.

Selepas naik semula ke Liga Super pada 2013, Pahang ‘terpaksa’ beraksi di sebelah petang ketika menjadi tetamu buat Felda United di Stadium MBPJ, Mohamed Borji berjaya menjaringkan gol tunggal perlawanan dan kemenangan buat Pahang di penghujung permainan.

Image result for borji vs felda
Jaringan Tunggal Borji memberi kemenangan kepada Pahang. Foto : Utusan Malaysia

Selepas Felda United pula naik semula ke Liga Super pada 2015, Stadium MPS menjadi pilihan mereka yang menyaksikan sekali lagi kemenangan buat Pahang hasil jaringan tunggal Dickson Nwakaeme pada separuh masa kedua.

Musim berikutnya, bermula episod sukar buat Pahang ketika menjadi tetamu Felda United, rumput tiruan STAR, Jengka sentiasa menyukarkan Tok Gajah untuk sekurang-kurangnya mencipta keputusan seri, apabila kecundang untuk 2 musim berturut-turut.

Salah satu daripadanya pada musim 2017, Mamadou Sumareh pada awalnya seakan memberikan petunjuk yang Pahang sudah mengatasi kesukaran beraksi di atas rumput tiruan dengan jaringan seawal minit pertama permainan,

Felda United vs Pahang 2016. Sumber : FUTV

Namun begitu, Felda United berjaya bangkit dengan 2 gol, yang menyaksikan pemain gantian, Thiago Augusto berjaya menjaringkan gol kemenangan pada penghujung permainan.

Musim ini ternyata permulaan yang kurang baik buat anak buah Nidzam Jamil, sekadar mencatatkan satu kemenangan, Felda United kini menghuni tangga ke-9 liga, namun kapten mereka, Hadin Azman sedang mendahului senarai penjaring tempatan Liga Super.

Mereka juga sekadar mampu menjaringkan 2 gol sahaja daripada 3 perlawanan di atas rumput tiruan STAR, Jengka.

Justeru itu, Dollah Salleh seharusnya merencanakan strategi yang terbaik bagi mencipta kemenangan sulung di Jengka seterusnya meneruskan momentum cemerlang Pahang di awal musim.

Pertemuan Liga Super Felda United-Pahang

10 Pertemuan – Pahang menang 3, Felda United menang 4, seri 3

Post Author: Syed Ahmad Muhsin

Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *