Zuhair Gembira Sumbang 3 Mata Berharga.

Zuhair Aizat merupakan individu yang paling gembira apabila berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan ketika Pahang menewaskan Kedah 1-0.

Jaringan beliau pada minit ke 85 yang terbias Khairul Helmi sudah cukup untuk Pahang menamatkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah pada musim ini.

Beliau yang di temui selepas perlawanan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih, Dollah Salleh yang menurunkan beliau menggantikan Sumareh.

Saya berterima kasih kepada coach kerana memberi kepercayaan kepada saya pada malam ini.

Saya bersyukur dapat membantu pasukan mengutip 3 mata.

Zuhair Aizat

Perlawanan menentang Kedah ini merupakan aksi pertama beliau bersama pasukan Pahang musim ini.

Sumbangan bermakna Zuhair Aizat membolehkan beliau di pilih sebagai pemain terbaik dalam perlawanan ini.

Sementara itu, jurulatih Pahang, Dollah Salleh percaya pasukannya tidak terlalu bergantung kepada kebolehan individu.

Beliau juga yakin pemain gantian beliau akan sentiasa memberikan aksi yang terbaik apabila di turunkan.

Saya berpuas hati dengan corak permainan pada malam ini.

Kemasukan Zuhair, walaupun selepas 5 aksi perlawanan dia belum pernah beraksi, tapi apabila diturunkan pada malam ini, beliau tidak menghampakan saya.

Alhamdulilah, pada malam ini, Zuhair membuat satu tindakan yang baik dan akhirnya dapat menjaringkan gol.

Saya awal-awal lagi memberitahu bahawa pasukan kami tidak bergantung kepada individu pemain, saya lebih utamakan pada pasukan.

Sebab itu, saya tidak rasa takut untuk memasukkan Zuhair, Zaharulnizam dan saya tidak merasa risau.

Saya percaya setiap pemain yang bersama saya akan memberikan yang terbaik apabila di turunkan.

Dollah Salleh

Pahang menewaskan Kedah, 1-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi di hadapan 20 ribu penyokong sendiri dalam aksi penuh menarik dan mendebarkan.

Gol tunggal perlawanan di jaringkan oleh Zuhari Aizat pada minit ke 85 perlawanan membolehkan Pahang mengutip 3 mata penuh untuk mengambilalih puncak liga untuk seketika manakala Kedah lebur rekod tanpa kalahnya selepas 6 perlawanan.

Post Author: Mezzo Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *