Peluang Pahang Cipta Kemenangan Sulung di STAR, Jengka

Stadium Tun Razak (STAR), Jengka mula menjadi gelanggang rasmi pasukan Felda United bagi saingan Liga Malaysia bermula pada 2016. Menggunakan rumput tiruan pastinya mendatangkan masalah buat pasukan lawan untuk mencipta sebarang keputusan positif ketika beraksi di sana. Begitu juga buat pasukan Pahang, Tok Gajah tidak pernah berjaya mengelak daripada mengalami kekalahan ketika beraksi di sana.…

Zuhair Gembira Sumbang 3 Mata Berharga.

Zuhair Aizat merupakan individu yang paling gembira apabila berjaya meledakkan gol tunggal perlawanan ketika Pahang menewaskan Kedah 1-0. Jaringan beliau pada minit ke 85 yang terbias Khairul Helmi sudah cukup untuk Pahang menamatkan rekod tanpa kalah pasukan Kedah pada musim ini. Beliau yang di temui selepas perlawanan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan oleh jurulatih,…

Dollah Gembira Dengan Prestasi Pemain

Kehilangan beberapa tonggak, Pahang masih mampu beraksi cemerlang apabila membenam PKNP 3-0 di Stadium MP Manjung malam tadi. Gol Pahang telah dijaringkan oleh Ze Love, Dickson Nwakaeme dan Norshahrul Idlan Talaha. Barisan pertahanan pula yang kehilangan gandingan Goulon-Muslim kental bertahan segala asakan PKNP dan berjaya mendapatkan ‘clean sheet’ kedua musim ini. Ketika mengulas kemenangan Pahang,…

Apa berlaku dipertemuan Pahang-PKNP yang lalu?

Mula bertemu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), juara Liga FAM 2016 hanya mula menjadi lawan Pahang pada musim 2017. PKNP yang diperkuatkan dengan penjaring terbanyak mereka, Shahrel Fikri telah diundi satu kumpulan bersama Pahang bagi saingan Piala Malaysia. Dalam pertemuan kedua-dua pasukan di Stadium Perak, Ipoh, perlawanan berkesudahan seri 1-1. Matheus Alves memberikan kelebihan awal…