Dollah-Zainal : Duo Lagenda Pahang

Pertemuan Liga Super untuk minggu ketiga sangat istimewa buat Pahang, apabila dua lagenda mereka, Dollah Salleh dan Zainal Abidin bakal bertembung buat pertama kali sebagai seteru selepas 5 tahun. Kali terakhir mereka bertemu sebagai seteru pengendali pasukan ialah dalam perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2014, apabila Zainal yang membimbing Pahang ketika itu berjaya menewaskan Dollah…