Review Jersi Pahang 2019

Setelah mengenakan jersi Fila selama setahun setengah, Pahang kini ditaja oleh jenama ‘kelahiran’ England, Umbro. Jersi musim ini berbeza daripada 2 musim sebelumnya yang menggunakan ‘template’ yang sama untuk jersi ‘Home’ dan ‘Away’, musim ini jersi ‘Home’ kekal dengan tradisi belang dan ‘Away’ pula bercorak ‘diamond’. Jersi musim ini juga direka dengan kolar berbutang dua, persis jersi musim DNA 2016, serta mengikut arus rekaan jersi Umbro kelab antarabangsa yang lain seperti Everton. Kain jersi pula 100% polyester seperti kebiasaan jersi terkini jenama besar lain yang membuatkan jersi kekal ringan sepanjang permainan.

Jalur jersi ‘Home’ musim ini sekali imbas, persis jersi Jako 2017, yang juga pernah dipakai pada Final Piala FA musim tersebut. Namun, kali ini jalurnya kelihatan lebih ‘sharp’ dan kemas ‘mengepit’ penaja ‘Aras Kuasa’ di tengah. Warna kuning nya pula sedikit malap, namun warna birunya pekat menaikkan seri. Logo PBNP pula menggunakan bahan yang sangat baik dan kemas, kelihatan hampir mustahil boleh rosak dek basuhan lembut mesin basuh mahupun tangan. Inilah yang dinantikan peminat dengan nilai harga yang dibayar, bukannya penaja meminta pula kepada penyokong untuk menukar logo yang rosak kerana rendahnya nilai kualiti bahan yang digunakan. Tulisan penaja ‘Football Republic’ juga kelihatan kemas dan elegan dan bakal menjadi bahagian penarik pinggul Dickson Nwakaeme.

Jersi ‘Away’ pula menggunakan ‘template’ yang telah digunakan beberapa pasukan luar negara seperti kelab Al-Ahli di Arab Saudi, namun sedikit berbeza pada warna dan rekaannya. Inilah kali pertama jersi bertema putih tidak digunakan lagi sebagai jersi ‘away’ pasukan Pahang di era millennium. Warna hitam nya sama seperti jersi ‘alternate’ musim lalu, manakala logo dan cop penaja sama seperti jersi ‘home’. Jika logo PBNP di warnakan ‘blackout’ pasti jersi ini akan kelihatan lebih garang dan kacak dikenakan terutama oleh si darah manis, Azam Azih.

Patch PBNP di jersi away.

Namun begitu, sedikit kelemahan jersi musim ini, iaitu cop ‘Aras Kuasa’ kelihatan begitu nipis dan mungkin mudah rosak jika tidak diselia dengan baik, berbeza dengan tulisan ‘Football Republic’ yang menggunakan bahan yang lebih tebal. Walau bagaimanapun, kedua-dua jersi ‘Home’ dan ‘Away’ musim ini bagi pandangan kami sangat baik pada ‘design’ dan kualitinya, malah tidak meninggalkan langsung segala tradisi Tok Gajah. Kecantikan jersi juga diharap mampu diterjemahkan dengan kecantikan permainan pasukan di atas padang seterusnya membantu meraih kejuaraan. Ayuh penyokong Pahang, sumbangkanlah sesuatu untuka pasukan dan bola sepak tempatan dengan mendapatkan jersi yang original sahaja !

Post Author: Syed Ahmad Muhsin

Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *