Pahang sasar 3 piala

Musim 2019 bakal bermula 1 Februari ini apabila pasukan Pahang bakal memulakan kempen Liga Super 2019 dengan bertandang ke Stadium KLFA di Cheras untuk menentang Kuala Lumpur.

Ketika di temui oleh wakil TokGajah.com, pengurus pasukan Pahang, Dato’ Suffian Awang menjelaskan, sasaran yang di tetapkan oleh pengurusan Pahang adalah untuk menjuarai tiga piala musim ini (Juara Liga, Piala FA dan Piala Malaysia). Menurut beliau, sasaran ini adalah realistik setelah pihak pengurusan berjaya mendapatkan pemain import yang berkualiti dan status Sumareh yang kini menjadi pemain tempatan pada musim ini. Kenyataan ini juga senada dengan apa yang di nyatakan oleh jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh ketika sidang media majlis pelancaran jersi Pahang 2019 di Temerloh.

Terdahulu, pasukan Pahang di berikan sambutan hangat oleh peminat ketika majlis memperkenalkan pasukan dan pelancaran jersi pasukan Pahang bagi musim 2019. Majlis ini berlangsung di Dewan Tun Razak, Temerloh, semalam. Dalam majlis ini, jersi pasukan Pahang musim 2019 di perkenalkan kepada umum. Musim ini, Pahang menerima tajaan Al-Ikhsan Sport melalui jenama Umbro.

Majlis ini juga memperkenalkan barisan pemain dan pegawai pengurusan bagi pasukan Pahang. Berikut adalah senarai penuh pemain pasukan Pahang bagi musim 2019 beserta dengan nombor jersi.

Penjaga Gol:
Helmi Eliza (1)
Remezey Che Ros (22)
Mohd Wafieyuddin (27)

Pertahanan:
Matthew Davies (2)
Herold Goulon (3) ( Pemain Import : Perancis)
Dinesh Rajasinggam (4)
Hazri Rozali (6)
Bunyamin Omar (12)
Faisal Mohd Rosli (14)
Zubir Azmi (16)
Afif Amirudin (19)
Muslim Ahmad (24)
Muhammad Ashar Aafiz Abdullah (30)

Midfield:
Faisal Abdul Halim (7)
Wan Zaharulnizam (8)
Saddil Ramdani (15) (Pemain Import : Indonesia)
Zuhair Aizat (17)
Sharul Nizam (18)
Nur Azam Azih (20)
Safuwan Baharudin (21) (Pemain Import : Singapura)
Salomon Raj (23)
Mohamadou Sumareh (26)
Nik Muhammad Sharif (29)

Penyerang:
Norshahrul Idlan Talaha (9)
Dickson Nwakaeme (10) (Pemain Import : Nigeria)
Jose Eduardo (11) (Pemain Import : Brazil) Kogileswaran Raj (28)

Post Author: Mezzo Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *