Saddil Bisa !

Walaupun baru sahaja menyertai pasukan Pahang, Saddil Ramdani sudah mula menunjukkan kesungguhan dan keserasian ketika di atas padang apabila lenggok gelecekan dan larian pantas beliau membuatkan para penyokong Pahang mula teruja.

Mengkagumkan juga pada usia sekarang, anak muda dari Indonesia ini juga berani mencari cabaran baru di negeri orang.

Ketika ditemuramah oleh wakil TokGajah.com, Mezzo Fauzi usai perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Temerloh, Saddil menyatakan beliau memilih Pahang sebagai destinasi kerana beliau yakin Pahang merupakan sebuah kelab yang baik dan bercita-cita besar.

Saddil ketika diturunkan sebagai kesebelasan utama ketika perlawanan persahabatan menentang Negeri Sembilan di Temerloh pada Rabu. Foto : Pahang FA

Beliau juga sudah tidak sabar lagi untuk mengembeleng sehabis kudrat bersama teman seperjuangan bagi membantu Tok Gajah meraih kejuaraan musim ini.

Bekas pemain Persela Lamongan ini sering diletakkan Dollah Salleh di bahagian sayap kiri dalam perlawanan pra-musim, membolehkan Pahang melancarkan serangan pantas di kedua-dua bahagian yang mana Sumareh menjadi taruhan di bahagian kanan.

Saddil turut menyatakan, keamanan bumi Malaysia dan kemeriahan liga negara ini juga antara faktor beliau begitu teringin beraksi di sini sambil menikmati semangkuk patin tempoyak.

Diharap kehadiran Saddil berjaya menarik rakyat Indonesia hadir ke stadium menyokong beliau dalam setiap perlawanan.

Ini pesanan Saddil kepada semua peminat Pahang

Semoga berjaya Saddil !

Post Author: Syed Ahmad Muhsin

Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *