Mat Don & Sumareh : Selepas Hujan, Munculnya Pelangi

Sumareh dalam aksi Piala AFF bersama skuad kebangsaan. Gambar oleh : Thananuwat Srirasant/Lagardere Sport.

Pahang telah sah memiliki tambahan 2 pemain import iaitu Saddil Ramdani dan Herald Goulon, menjadikan jumlah kesemuanya 4 pemain termasuk Safuwan Baharuddin dan Mamadou Sumareh yang dikekalkan dari musim sebelumnya. Bagi melengkapkan kuota 5 pemain import, Pahang dikhabarkan pantas menyambar Liridon Krasniqi, bekas arkitek Kedah yang pernah membantu Kedah meraih Piala Sumbangsih dan Piala FA. Kegembiraan dan keghairahan penyokong Pahang kian memuncak, apabila Liridon melalui akaun instagram nya memuat naik gambar gajah dalam ‘insta story’ nya.

Liridon memuatnaik gambar gajah dalam insta story nya. Kredit foto : Utusan

Namun begitu, segalanya direntap tidak sampai 48 jam, apabila beliau dilihat ‘selfie’ bersama pemilik JDT, Tengku Mahkota Johor dalam ‘insta story’ melalui akaun rasmi instagram baginda. Pengurus pasukan Pahang, Dato’ Suffian Awang telah mengakui bahawa Pahang memang dalam proses mengambil Liridon dan beliau juga menunjukkan persetujuan untuk menyertai Tok Gajah, namun akhirnya ‘Mat Don’ hanyut dibaham Harimau Selatan. Beliau menambah, Pahang menghormati keputusan pemain berdarah Kosovo itu dan Pahang akan mencari pemain yang lebih baik daripada Mat Don. Dato’ Suffian ditemui ketika sesi menandatangani perjanjian dengan pihak Umbro.

Mat Don kelihatan ber’selfie’ dengan TMJ dalam insta story baginda

Selepas hujan, pelangi pula menyusul, begitulah nasib pasukan Pahang. Dalam sedikit kekecewaan kegagalan mendapatkan Liridon, MFL telah mengumumkan bahawa pemain import Pahang yang juga pemain kebangsaan ketika saingan Piala AFF, Mamadou Sumareh telah di’sah’kan sebagai pemain tempatan. Maka, Pahang kini memiliki 2 slot import yang masih kosong ! Terima kasih MFL atas tindakan pantas ini yang membolehkan Pahang mendaftarkan Sumareh selaku pemain tempatan sebelum saingan liga bermula Februari ini. Sementara itu, Dato’ Suffian turut menambah, pihak pengurusan memiliki ramai calon import berwibawa untuk dibawa masuk, cuma tanggungjawab untuk memilih diserahkan sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan pasukan Pahang.

Post Author: Syed Ahmad Muhsin

Jurutera kereta mewah tidak menjadikan aku megah, sebaliknya bola sepak menjadikan aku ghairah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *