Umbro taja pasukan Pahang

Al-Ikhsan Sports telah mengadakan sebuah majlis menandatangani perjanjian untuk penajaan pasukan Pahang selama 2 musim menerusi jenama Umbro di Football Republic, Suria KLCC sebentar tadi.

Al-Ikhsan Sports merupakan pemegang lesen pengedaran dan pembuatan bagi jenama Umbro di Malaysia bermula 2017. Jenama Umbro akan digunakan oleh pasukan Pahang FA bagi dua musim akan datang (2019 & 2020) dalam kancah saingan Liga Malaysia.

Menurut Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd

Umbro sebagai jenama antarabangsa yang berpengalaman dan terkenal dengan kualiti terbaik pasti dapat menyediakan kelengkapan bolasepak berkualiti tinggi untuk pasukan Pahang seperti pasukan Everton FC dan West Ham United di Liga Perdana Ingeris. Kami juga yakin Pahang merupakan sebuah pasukan yang mempunyai penyokong setia yang ramai sekaligus mampu untuk membawa jenama Umbro untuk lebih di kenali di Malaysia.

Mizal Ghazali, Ketua Pegawai Pemasaran Al-Ikhsan Sports pula yakin keputusan pihak mereka menaja pasukan Pahang akan dapat memperluaskan jenama Umbro di Malaysia.

Peluang untuk menaja Persatuan Bolasepak Negeri Pahang akan di gunakan sebaiknya untuk memperluaskan pasaran jenama Umbro dikalangan peminat bolasepak tempatan. Kualiti produk Umbro akan dapat di lihat sendiri oleh peminat dengan lebih dekat nanti apabila jersi pasukan Pahang di lancarkan.

Tarikh pelancaran jersi baru pasukan Pahang masih belum di umumkan oleh pihak Al-Ikhsan Sports.

Pihak TokGajah.com berharap peminat-peminat pasukan Pahang dapat menyokong jenama Umbro dengan membeli jersi pasukan Pahang apabila dilancarkan nanti.

Jom Beli Ori.

Post Author: Mezzo Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *