Separuh Akhir Piala Malaysia 1: Walaupun Seri, Saya Tetap Bangga Dengan Pemain Saya

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh sedikit menghela nafas lega selepas pasukan kendaliannya mencatatkan keputusan yang memberangsangkan pada aksi separuh akhir pertama di Alor Setar malam tadi. Meskipun dibolosi pada lewat permainan separuh masa kedua, perlawanan yang berakhir dengan keputusan 3-3 ini dilihat sedikit memihak pasukan pelawat yang berjaya meraih 3 gol di tempat lawan.…

Separuh Akhir Piala Malaysia : Mengimbau Pertemuan Pahang & Kedah

Musim 2019 menyaksikan Tok Gajah sekali lagi layak ke Separuh Akhir Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Melaka United. Sepanjang sejarah penyertaan dalam kejohanan tertua di Asia ini, ini merupakan separuh akhir ke-22 buat Pahang dan hanya 8 daripadanya menyaksikan Pahang berjaya mara ke pentas Final. Pasukan yang paling banyak menyekat hajat Pahang ke Final ialah…

Piala Malaysia 2019: Tok Gajah Tempah Slot Suku Akhir

Pasukan Pahang menjadi pasukan pertama mara ke pentas suku akhir saingan Piala Malaysia selepas menundukkan pasukan Sabah, 1-0 di Stadium Darul Makmur pada Sabtu. Gol tunggal hasil jaringan Dickson Nwakaeme pada babak kedua perlawanan sudah cukup untuk mengesahkan kemaraan gergasi Pantai Timur itu di saingan suku akhir meskipun berbaki 2 perlawanan di halaman lawan. Pengendali…

Dollah Puas

Pengendali Pahang, Dollah Salleh sangat berpuas hati dengan prestasi pemainnya selepas berjaya membenam juara bertahan Piala Malaysia, Perak 3-0 di Darul Makmur. Beliau yang ditemui pada sidang media selepas tamat perlawanan nyata gembira dengan keputusan tersebut. Saya sangat berpuas hati dengan pemain saya, begitu berdisiplin ketika bertahan dan melancarkan ‘counter attack’, hilang ‘stress’ di kepala…

Salah Sendiri

Pahang harus menyalahkan diri sendiri selepas gagal mempertahankan defisit 2 gol yang dimenangi di DarulMakmur, selepas tumbang 3-0 kepada Perak di Stadium Perak, Ipoh, bagi saingan kedua Separuh Akhir Piala FA. Pahang kecundang 4-3 melalui aggregat seterusnya gagal mempertahankan mahkota kejuaraan yang dimenanginya musim lalu. Dalam perlawanan yang jelas dikuasai selesa oleh pasukan Perak, Pahang…

“Saya Bernasib Baik Saya Dapat Menjaringkannya” – Herold Goulon

“Saya pun tidak menyangka bola itu akan menerjah jaring”. Itulah ungkapan pemain terbaik perlawanan, Herold Goulon yang berjaya menjaringkan gol ketiga Pahang sekaligus mencerahkan lagi laluan pasukan Tok Gajah dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala FA musim ini. Terdahulu, Goulon berjaya melonjak tinggi dan menanduk masuk hantaran lintang Norazam Azih bagi meletakkan Pahang di hadapan pada…

Kuda Cedera Namibia Pilihan Tok Gajah?

Ketika bahang mentari kepanasan dirasai sewaktu menjalani ibadah puasa tahun ini, hangat lagi saluran media sosial penyokong Pahang, apabila dikatakan dalam diam menandatangani bekas penyerang antarabangsa Namibia dan Kelantan, Lazarus Kaimbi. Beliau pada mulanya menyertai Kelantan pada pertengahan musim lalu, namun digugurkan hanya selepas beraksi dalam satu perlawanan Liga Super. Kaimbi telah mengalami putus urat…

Shopee Piala FA 2019 : Pahang Bangkit Untuk Ke Separuh Akhir

Pahang melunaskan janji mereka apabila bangkit dengan kemenangan besar 4-0 menumpaskan Terengganu FC di Stadium DarulMakmur malam tadi sekali gus mara ke separuh akhir Shopee Piala FA buat kali ketiga berturut-turut dengan aggregat 5-2. Pahang mendahului seawal minit ke-6 melalui Faisal Halim yang bijak menampan masuk bola muntah daripada tepisan Suffian Abdul Rahman, hasil rembatan…

5 Hari Yang Memeritkan, Piala FA atau Liga Super?

Ketinggalan 1-2 selepas kecundang di Kuala Terengganu, jaringan tempat lawan Ze Love begitu berharga buat Tok Gajah untuk menjadi bekalan di DarulMakmur pada Jumaat. Pasca kekalahan itu, berselang 3 hari, Pahang ditundukkan pula oleh pendatang baru Liga Super, PJ City di Petaling Jaya tanpa melawan, seterusnya membenarkan JDT gah mendahului carta liga dengan kelebihan 5…

“Clash of the Title” : Misi Mesti Menang!

JDT. Siapa tidak kenal dengan juara Liga Super Malaysia 5 tahun berturut-turut sejak musim 2014, pasukan yang menghimpunkan pemain bintang dalam dan luar negara, selain pernah mengucup trofi Piala AFC serta kini beraksi di Liga Juara-Juara Asia. Mana-mana pasukan yang bertemu dengan skuad Harimau Selatan pastinya memasang impian menggunung untuk menumbangkannya. Bermula musim 2013, pasukan…