Anda di sini
Laman Utama > Tentang Kami

oleh : CPMA

Tokgajah.com atau lebih dikenali dengan nama singkatan TGC ditubuhkan pada Januari 2004. Laman web ini merupakan platform untuk menyatukan penyokong-penyokong bolasepak negeri Pahang secara dalam talian. Penubuhan ini sejajar dengan penubuhan penyokong-penyokong dalam talian pasukan bolasepak negeri lain seperti SelangorFC.com (SFC), Yob4ever.com (Y4E), HijauKuning.com (HKC) dan lain-lain.

Logo TGC direka oleh En. Iszarizal (woren76) yang juga merupakan pengasas bersama TGC dengan En. Junaidy. Pada awal penubuhan TGC, hebahan dari mulut ke mulut dilakukan untuk menarik kemasukan orang ramai melayari TGC. Flyers juga diselitkan pada kereta-kereta penyokong Pahang yang datang ke Stadium ketika itu. Walaubagaimanapun, kain rentang TGC telah digantung buat pertama kalinya semasa perlawanan pertama Liga Super 2004 diantara Pahang melawan Perak di Stadium Nasional Bukit Jalil. Diikuti pula kain rentang gergasi tajaan IB Resources yang digantung di Stadium Darul Makmur. Usaha-usaha sebegini berjaya menarik kemasukan lebih ramai lagi penyokong ke laman web TGC. Selaras dengan perkembangan ahli , beberapa krew telah dilantik untuk sama-sama mengawal selia laman web dengan lebih berkesan.

Teknologi internet tanpa sempadan membolehkan anak-anak Pahang di perantauan mengikuti perkembangan pasukan bolasepak Pahang melalui TGC. Ahli-ahli yang semakin bertambah menyebabkan pembahagian dua kumpulan terbesar penyokong – TGC Kuantan dan TGC Kuala Lumpur (TGC KL). Bukan hanya sekadar mesra di dalam talian sahaja, aktiviti-aktiviti giat dijalankan diantara dua kumpulan ini demi mengeratkan silaturrahim sesama ahli. Selain daripada itu, aktiviti perjumpaan dan perlawanan-perlawanan persahabatan futsal serta bolasepak juga dilakukan bersama kelab penyokong maya negeri lain seperti GanuSoccer .net (GSN), HijauKuning.com (HKC), SelangorFC.com (SFC), Kelate.net (KDN), N9futbol.com dan lain-lain lagi.

Selaras dengan perkembangan Facebook, TGC telah beralih ke Facebook dan telah mengumpul ratusan ribu likers sehingga kini. Masalah server yang melanda laman web TGC menyebabkan TGC kekal menggunakan medium Facebook dan Twitter untuk menyampaikan maklumat dan berhubung dengan penyokong setia Pahang. Kini, TGC kembali menggunakan medium portal untuk menyampaikan maklumat terkini, review perlawanan, temubual ,rencana mengenai pasukan Pahang. Pendek kata, maklumat yang lebih terperinci dan padat akan dihidangkan melalui portal ini.

 

 

Leave a Reply

Top