Berita 

Forkey Doe Buka Akaun Jaringan, Bantu Pahang Lakar Kemenangan Pertama

Gol jaringan Francis Forkey Doe, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih berjaya menamatkan kemarau gol dan kemenangan buat Pahang selepas berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang turun dengan menampilkan pemain import baharu, Francis Forkey Doe menggantikan Sergio Unrein di bahagian serangan sambil kembali meletakkan Faisal Rosli di posisi bek kiri. Bagi skuad pelawat pula, Nik Sharul Azim dan Margoro Gomis direhatkan dan masih meletakkan Bruno Lopes sebagai penyerang tunggal untuk merobek kubu lawan. Pahang jelas menampilkan persembahan yang amat positif seawal minit permainan dan segera menguasai…

Read More
Berita Pahang FA 

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya kecuali merehatkan Faisal Rosli dan membawa masuk Zubir Azmi di bahagian pertahanan kiri. Begitu juga dengan pasukan tuan rumah yang tidak banyak membuat pertukaran dengan masih mempertaruhkan gandingan Safee Sali dan Rafael Ramazotti untuk memburu…

Read More