unifi Piala Malaysia 2018: Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama Kumpulan D

Skuad kendalian Dollah Salleh gagal menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri selepas diikat pasukan dari Liga Premier, Sabah 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia pada Sabtu. Pasukan tuan rumah turun dengan kesebelasan terbaik selepas kembalinya ketua pasukan, Matthew Davies yang terlepas beberapa perlawanan terakhir saingan Liga Super. Namun begitu, Pahang terus kempunan menagih aksi seorang lagi tonggak import iaitu Issey Nakajima yang masih belum cergas 100%. Tugas menggempur kubu lawan terus dipikul gandingan Iwuji Amutu dan Norshahrul Idlan Talaha dan dibantu Wan Zaharulnizam serta Mohamadou Sumareh. Perlawanan pada…

Read More