Berita Pahang FA 

Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu: Pahang Mula Dengan Langkah Kiri

Pahang tewas dalam aksi pertama kejohanan 4 penjuru ke atas Terengganu FC 1 yang berlangsung di Kuala Terengganu malam tadi. Pahang memulakan separuh masa pertama dengan menurunkan pemain import dari Sweden, Philip Hellquist dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan di bahagian serangan. Manakala, Chan Vathanaka diberi tanggungjawab bergerak di bahagian sayap kanan dan dibantu seorang lagi pemain import Safuwan Baharudin di bahagian tengah. Pahang mengejutkan tuan rumah pada minit ke 26 hasil jaringan Hellquist yang berjaya mencari ruang kosong dan menyempurnakan hantaran lintang Mohamadou Sumareh dari sebelah kiri gawang tuan…

Read More
Berita Pahang FA 

Pahang tewas aksi terakhir pra-musim di Thailand

Pahang tewas dalam aksi terakhir pra-musim di Thailand dengan pendatang baru Liga Utama Korea Selatan, Gyeongnam FC dengan jaringan 1-0 sebentar tadi. Beraksi di atas  padang yang basah dan bermain dalam 3 fasa permainan, jentera serangan Pahang yang dipimpin Philip Hellquist gagal menjaringkan sebarang gol. Namun, kekentalan barisan pertahanan yang hanya melepaskan satu jaringan seharusnya boleh diberikan pujian. Dalam pada itu, pasukan Pahang akan terus menjalani latihan sebaik pulang dari Thailand dan akan menyertai satu kejohanan 4 penjuru di Kuala Terengganu dari 15-19 Januari ini. Antara pasukan yang mengesahkan menyertai…

Read More
Berita Pahang FA 

Pahang uji penyerang import baru, benam Air Force Central

Pahang meneruskan rentak kemenangan apabila membelasah pasukan yang baru dinaikkan ke liga divisyen satu Thailand, Air Force Central dengan jaringan 1-4 pada perlawanan persahabatan sebentar tadi. Skuad Tok Gajah turun dengan meletakkan pemain yang baru menjalani sesi ujian bersama pasukan iaitu Philip Hellquist di bahagian serangan dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan. Manakala seorang lagi pemain tempatan yang baru dibawa masuk iaitu Bunyamin Omar diletakkan di bahagian pertahanan kanan bagi menampung kekosongan yang ditinggalkan Matthew Davies. Remeszey Che Ros pula diberi kepercayaan sebagai benteng terakhir dan dilindungi seorang lagi pemain…

Read More
Berita Pahang FA 

Pahang catat kemenangan pertama dalam siri jelajah Thailand

Skuad Tok Gajah memulakan siri perlawanan pemanas badan dengan langkah kanan apabila menang ke atas pasukan Muangthong United B dengan jaringan 3-1. Pada perlawanan itu, pemain pertahanan baru Pahang, Bunyamin Omar, berjaya meledak gol pertama. Manakala 2 gol lagi dihasilkan oleh Mohamadou Sumareh dan pemain Piala Presiden musim lepas, Zuhair Aizat. Pahang akan meneruskan siri jelajah Thailand dengan menentang Air Force Central pada hari Ahad, 7 Januari 2018. Foto: Media PBNP

Read More