Berita 

unifi Liga Super: Tok Gajah Raih Kemenangan Ketiga , Semakin Semangat Mencabar Kedudukan Liga

Pahang meneruskan momentum kemenangan dalam saingan unifi Liga Super selepas berjaya menundukkan skuad Rusa 4-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Skuad Tok Gajah turun dengan membariskan kesebelasan utamanya manakala skuad pelawat masih tidak menurunkan tonggak importnya, Nicholas Velez yang masih belum cergas sepenuhnya. Negeri Sembilan nyata bersemangat untuk memburu gol pendahuluan seawal minit permainan dan menyaksikan skuad kendalian Azraai Khor memiliki 2 sepakan penjuru berturut-turut dan seakan memberi amaran awal akan kebangkitan pasukan itu. Pahang mula mendapat rentak selepas permainan memasuki minit ke 10 apabila serangan demi serangan berjaya…

Read More
Fakta Pelbagai 

5 Pemain Yang Pernah Membuat Penampilan Bersama Pahang dan Negeri Sembilan

Pahang dan Negeri Sembilan seakan memiliki persamaan apabila kedua-dua pasukan pernah mengecap zaman kegemilangan di era 90-an serta di awal fasa pertama saingan Liga Super, sebelum kedua-duanya melalui zaman yang tidak konsisten. Kedua-dua pasukan ini berkongsi bilangan trofi Liga Super (1) dan Piala FA (2) yang sama, namun Pahang sedikit cemerlang dengan memiliki lebih 2 trofi dalam saingan Piala Malaysia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini juga tidaklah begitu dinantikan penyokong mereka seperti pertemuan Pahang bertemu JDT, atau Naning ‘Derby’-Negeri Sembilan bertemu Melaka. Daripada senarai pemain-pemain yang pernah menabur bakti untuk kedua-dua…

Read More