“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah yang di temui pada sidang media selepas perlawanan, Ashar menunjukkan permainan yang baik walaupun sudah lama tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya. Saya tak sangka beliau dapat bermain dengan baik. Ini kerana sudah sekian lama dia…

Read More