Berita Liga Super 

Dollah gembira prestasi Cruz dan Forkey Doe.

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata gembira dengan prestasi yang di tunjukkan anak buahnya selepas berjaya membenam Selangor 3-1 di halaman lawan semalam. Dalam aksi Liga Super itu, gol-gol pasukan Pahang di jaringkan oleh Patrick Cruz, pemain import yang baru di daftarkan dan dua gol melalui Forkey Doe yang juga merupakan gol yang ke 100 beliau dalam kancah Liga Malaysia yang telah beliau sertai sejak 2012. Dollah memuji aksi kedua penyerang import ini yang walaupun pertama kali di gandingkan namun cepat menyesuaikan diri dalam membentuk persefahaman seperti yang di harapkan. Kemasukan dua pemain…

Read More
Berita 

Walaupun Ini Perlawanan Pertama Kami, Saya Lega Kami Mampu Melakukannya-Patrick Cruz

Penampilan pertama penyerang import baharu Pahang, Patrick Cruz nyata cemerlang selepas membantu pasukannya melakar kemenangan ke atas seteru utama, Selangor di halaman lawan semalam. Aksi pertamanya semalam nyata memukau para penyokong setia Tok Gajah selepas berjaya menyumbang satu gol serta membantu kepada penghasilan gol kedua oleh Francis Forkey Doe sekaligus melebarkan penguasaan Pahang ke atas Selangor di arena lawan selepas 4 musim. Saya nyata bersyukur kerana diberi kesempatan untuk beraksi dengan pasukan yang dianggap besar di dalam Liga Malaysia dan saya nekad untuk mempamerkan persembahan yang terbaik dan tidak terlalu…

Read More
Berita 

unifi Liga Super: ‘Debut’ Cruz Bantu Pahang Lakar Kemenangan Bergaya

Patrick Cruz tidak menunggu lama untuk menyinar dalam penampilan pertamanya selepas berjaya membantu Pahang melakar kemenangan ke atas Selangor dengan jaringan 1-3 di Cheras sebentar tadi. 1 gol dan 1 ‘assist’ beliau selain 2 gol Francis Forkey Doe meletakkan Pahang di kedudukan terbaik untuk mencabar takhta liga. Pahang segera mengejutkan tuan rumah apabila mendahului pada minit ke 6 melalui Patrick Cruz yang mudah menolak masuk hantaran silang Mohamadou Sumareh dari sebelah kiri pintu gol lawan. Skuad Tok Gajah jelas menguasai permainan sepanjang babak pertama perlawanan. Namun demikian, Selangor memperolehi gol…

Read More
Fakta Pelbagai 

Fadzli Shaari – Kisah Permata Bola Sepak Pahang Dan Pengembaraannya

Terma ‘Journey Man atau Si Pengembara’ sering digunakan dalam kamus sukan dan bola sepak antarabangsa bagi pemain yang pernah beraksi untuk banyak kelab. Antara nama besar ‘Journey Man’ dalam dunia bola sepak ialah Nicholas Anelka (8 kelab), Christian Vieri (12 kelab), Rivaldo (14 kelab), Jari Litmanen (10 kelab), dan Zlatan Ibrahimovic (8 kelab). Dalam kancah Liga Malaysia, bukanlah mudah untuk mencari pemain yang beraksi lebih daripada 5 kelab, ini kerana mungkin faktor ‘sayangkan negeri’ menjadi halangan. Antara ‘Journey Man’ popular dan pernah bersama Pahang ialah Indra Putra Mahyuddin (8 pasukan),…

Read More
Fakta Liga Super Ulasan 

[Analisis] Pecah Rekod 2015 Untuk Berpeluang Muncul Juara 2018

Umum mengetahui kali terakhir Pahang bergelar juara saingan Liga Super adalah pada edisi yang pertama, iaitu 14 tahun yang lalu. Satu angka yang sangat besar dan sudah pasti, bukan sahaja ingin ditamatkan oleh barisan pemain malah para penyokong yang terlalu dahagakan kejuaraan liga. Jikalau diimbas semula prestasi Pahang dalam 5 kejuaraan liga terdahulu (2013-2017), tahun 2015 merupakan yang terbaik untuk meraih kejuaraan dan hanya dipisahkan 2 mata dengan JDT. Artikel ini melihat akan prestasi Pahang berdasarkan 5 tahun terdahulu berdasarkan jumlah keseluruhan perlawanan yang sama (22 perlawanan) berbanding tahun sebelum…

Read More
Fakta Pelbagai 

“Kelas 2001” – Kisah Yunus Alif Membentuk Skuad Muda Pahang Sehingga Layak Ke Separuh Akhir Piala Malaysia

Penyokong Pahang pernah dikejutkan dengan perubahan drastik musim 2016, yang kononnya ingin memperkenalkan ‘DNA’ Pahang yang di’ambil’ bakatnya dari luar negeri Pahang. Hasilnya, umum mengetahui pengakhiran skuad tersebut. Mungkin tak ramai mengetahui Pahang pernah membuat perkara sama 17 tahun lalu, di bawah kendalian jurulatih dan lagenda Pahang pada era 80-an, Yunus Alif. Namun bezanya ketika itu, 95% dari barisan pemain adalah anak watan Pahang. Persiapan Pasukan Pra-Musim 2001 Bola sepak era 90-an dan awal milienium popular dengan terma ‘menggugurkan pemain’ dan ‘pemilihan terbuka’ bagi mempersiapkan pasukan menghadapi saingan musim baru.…

Read More
Fakta Pelbagai 

5 Pemain Import Dari Singapura Yang Mencipta Nama Bersama Pahang

Barisan pemain-pemain import dari negara-negara Asia Tenggara amnya dan Singapura Khususnya bukanlah asing dalam landskap bola sepak tempatan sejak dari era Semi Pro lagi. Nama-nama seperti K Kannan, Abdul Malek Awab, Aide Iskandar, Hasnim Haron dan Mohd Noh Alam Shah adalah antara watak yang sinonim dalam skuad di Liga Malaysia satu ketika dahulu. Penyertaan beberapa lagi pemain-pemain import dari Singapura ini diteruskan legasinya sehingga memasuki era bola sepak baharu di pentas Liga Malaysia dengan menampilkan nama-nama seperti Baihakki Khaizan, Harris Harun, Shahril Ishak, Faris Ramli dan termasuklah Safuwan Baharudin yang…

Read More
Fakta Pelbagai Ulasan 

Kisah 4 Pemain Import ‘singkat’ Pahang

Sejak dari dahulu lagi, pelbagai kisah menarik dan lucu mengenai pemain import sentiasa mewarnai kancah Liga Malaysia. Penipuan agen pemain import, penipuan rekod kecederaan, ‘scouting’ dari video/You Tube, dan aksi ‘Indah Khabar Dari Rupa’ kerap kali berlaku saban musim sehinggalah ke hari ini. Pahang turut tidak terlepas dalam menurut ‘tradisi’ pasukan Liga Malaysia dalam pemilihan pemain import, malah juga terkenal dengan menggunakan khidmat pemain import dalam tempoh yang sangat singkat, seperti yang berlaku pada musim ini. Berikut merupakan 4 pemain import Pahang yang digugurkan selepas hanya memberi khidmat yang pendek…

Read More
Berita 

Forkey Doe Buka Akaun Jaringan, Bantu Pahang Lakar Kemenangan Pertama

Gol jaringan Francis Forkey Doe, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih berjaya menamatkan kemarau gol dan kemenangan buat Pahang selepas berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang turun dengan menampilkan pemain import baharu, Francis Forkey Doe menggantikan Sergio Unrein di bahagian serangan sambil kembali meletakkan Faisal Rosli di posisi bek kiri. Bagi skuad pelawat pula, Nik Sharul Azim dan Margoro Gomis direhatkan dan masih meletakkan Bruno Lopes sebagai penyerang tunggal untuk merobek kubu lawan. Pahang jelas menampilkan persembahan yang amat positif seawal minit permainan dan segera menguasai…

Read More
Berita Pahang FA 

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya kecuali merehatkan Faisal Rosli dan membawa masuk Zubir Azmi di bahagian pertahanan kiri. Begitu juga dengan pasukan tuan rumah yang tidak banyak membuat pertukaran dengan masih mempertaruhkan gandingan Safee Sali dan Rafael Ramazotti untuk memburu…

Read More