Anda di sini
Laman Utama > Galeri

One thought on “Galeri

  1. Judul lagu: Hogoh Pahang Hogoh
    Medley: Gomo Kelate Gomo
    Lirik: Ahmad Rafdi bin Ramly
    Alamat: Jalan Kerbau Jatuh, Relong
    Seberang, Kampung Relong,
    27200 Kuala Lipis, Pahang
    Darul Makmur
    No. Telefon: 019-9026140

    HOGOH PAHANG HOGOH

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Negeri Pahang nama diberi,
    Ketiga terbesar di dalam Malaysia,
    Rakyatnya suka bermain bola sepak,
    Ramai yang menjadi pemain profesional [1]

    Negeri Pahang aman dan makmur,
    Rakyatnya pula berbilang bangsa,
    Semuanya menjadi penyokong Pahang,
    Menyokong Pahang sampai jadi juara

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Dirgahayu oh kau negeriku Pahang,
    Tempat rakyat tunduk, setia dan hormat,
    Pasukan Pahang bermain dengan hebat,
    Menjadi juara seluruh Malaysia

    Rakyat Pahang pandai bermain bola,
    Bermain bola dengan bersungguh-sungguh,
    Laungkanlah bangkitlah Pahang [3x],
    Pasti Pahang akan bangkit dan menang

    [2]
    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Negeri Pahang negeri bertuah,
    Berbukit-bukau dan tidak rata,
    Dengan hasil yang begitu banyak,
    Menjana pendapatan lumayan negara

    Pasukan Pahang pasukan yang gagah,
    Pemainnya sangat kuat dan kental,
    Menggempur lawan tanpa ehsan dan belas,
    Sehingga Pahang bergelar juara

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Negeri Pahang terbentang luas,
    Hutan dan ladang menghiasi buminya,
    Tanah tinggi dan keindahan pantai,
    Menjadi tarikan utama pelancong

    Bintang import dan bintang tempatan,
    Begitu handal bila di atas padang,
    Bintang import Pahang bukan calangan,
    Menjadi penentu kemenangan Pahang [3]

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Pahang nama negeriku,
    Tok Gajah nama pasukanku,
    Kuantan nama ibu negeriku,
    Darulmakmur nama stadiumku

    Para penyokong pakat ke stadium,
    Kita sokong Tok Gajah ramai-ramai,
    Balik nanti kita juga yang juara,
    Jadi sebutan seluruh Malaysia

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Tok Gajah pahlawan terulung,
    Digeruni kawan dan juga lawan,
    Pasukan Pahang pasukan terulung,
    Digeruni kawan dan juga lawan

    Tok Gajah pahlawan terbilang,
    Menentang Inggeris demi kemerdekaan,
    Pasukan Pahang pasukan terbilang,
    Menentang lawan demi kegemilangan [4]

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Dollah Salleh, Zainal Abidin Hassan,
    Fandi Ahmad, Attapol Buspakom,
    Bintang dalam dan luar negara,
    Semuanya pernah mewakili Pahang

    Darulmakmur stadium yang damai,
    Terletak di Kuantan ibu negeri,
    Ramai orang datang beramai-ramai,
    Menyokong Pahang negeri sendiri

    Hogoh Pahang Hogoh [2x] Hogoh Pahangku Hogoh [2x]
    Kalah sekali Pahang kuat lagi,
    Kalah dua kali Pahang kuat lagi,
    Kalah tiga kali Pahang naik minyak,
    Tumbangkan lawan dan belasah lawan

    Kalau anda pergi ke Kuantan,
    Jangan lupa singgah di darulmakmur,
    Kalau anda nak menang dan johan,
    Jangan lupa sokong Pahang Darul Makmur [5]

Leave a Reply

Top