Fakta Liga Super Ulasan 

[Analisis] Pecah Rekod 2015 Untuk Berpeluang Muncul Juara 2018

Umum mengetahui kali terakhir Pahang bergelar juara saingan Liga Super adalah pada edisi yang pertama, iaitu 14 tahun yang lalu. Satu angka yang sangat besar dan sudah pasti, bukan sahaja ingin ditamatkan oleh barisan pemain malah para penyokong yang terlalu dahagakan kejuaraan liga. Jikalau diimbas semula prestasi Pahang dalam 5 kejuaraan liga terdahulu (2013-2017), tahun 2015 merupakan yang terbaik untuk meraih kejuaraan dan hanya dipisahkan 2 mata dengan JDT. Artikel ini melihat akan prestasi Pahang berdasarkan 5 tahun terdahulu berdasarkan jumlah keseluruhan perlawanan yang sama (22 perlawanan) berbanding tahun sebelum…

Read More
Fakta Pelbagai Ulasan 

Kisah 4 Pemain Import ‘singkat’ Pahang

Sejak dari dahulu lagi, pelbagai kisah menarik dan lucu mengenai pemain import sentiasa mewarnai kancah Liga Malaysia. Penipuan agen pemain import, penipuan rekod kecederaan, ‘scouting’ dari video/You Tube, dan aksi ‘Indah Khabar Dari Rupa’ kerap kali berlaku saban musim sehinggalah ke hari ini. Pahang turut tidak terlepas dalam menurut ‘tradisi’ pasukan Liga Malaysia dalam pemilihan pemain import, malah juga terkenal dengan menggunakan khidmat pemain import dalam tempoh yang sangat singkat, seperti yang berlaku pada musim ini. Berikut merupakan 4 pemain import Pahang yang digugurkan selepas hanya memberi khidmat yang pendek…

Read More
Fakta Liga Super Pahang FA Ulasan 

Chan Vathanaka – Penyerang Prolifik Kemboja Yang Menggegar Asia

Beliau baru berusia 24 tahun dan sudah memiliki lebih 30 caps bersama skuad kebangsaan Kemboja. Pemain ini pernah memenangi Anugerah Kasut Emas untuk liga utama Kemboja, Cambodian League selama 2 musim berturut-turut (2015 & 2016) ketika bersama kelab Boeung Ket Angkor. Chan Vathanaka, penyerang sensasi kelahiran Kemboja yang digelar ‘Messi Kemboja’ bakal membarisi jentera serangan Pahang bagi musim 2018.  Karier beliau bermula di Preah Khan Reach Svay Rieng FC pada tahun 2010. Selepas membuat penampilan bersama skuad senior selama 2 tahun, beliau dipancing kelab gergasi Kemboja, Boeung Ket Angkor FC pada usia…

Read More
Fakta Liga Super Pahang FA Ulasan 

Safuwan Baharuddin : 5 Fakta Tentang Import Baru Pahang !

Pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin baru sahaja menandatangani kontrak bagi pasukan Pahang dalam saingan Liga Super 2018. Melalui akaun Instagram miliknya, Safuwan memuat naik gambar beliau bersama bekas penyerang JDT dan Felda United, Norshahrul Idlan Talaha, serta Presiden PBNP, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah dengan menulis tanda pagar “#dreamscometrue”. Berikut fakta menarik mengenai pemain berusia 26 tahun ini : Safuwan asalnya bermain di posisi penyerang semasa menuntut di Institute of Technical Education, Singapura, sebelum beralih ke posisi tengah ketika bersama National Football Academy (NFA),…

Read More
Liga Super Pahang FA Ulasan 

2018 : Satu permulaan

Kurang dari 30 hari sebelum sepak mula Liga Super yang akan belangsung pada awal febuari 2018, persiapan rapi sedang dilancarkan termasuklah laporan yang menyatakan mengenai perlawanan pra-musim membabitkan pasukan Tok Gajah di Thailand. Berbekalkan skuad yang hampir lengkap temasuklah perkhabaran mengenai kedatangan seorang lagi pemain import baharu yang akan menyertai pasukan dalam masa terdekat, ia mampu menyediakan sebuah pasukan yang lebih baik berbanding musim terdahulu. Jika di imbas prestasi Pahang dalam 5 edisi Liga Super sebelum ini, musim 2015 adalah dianggap cemerlang selepas Pahang berjaya merekodkan 44 mata dan hanya…

Read More