“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah…

‘Respect Ourself’ – Cruz

Patrick Cruz adalah watak penting yang membawa Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT. Masakan tidak, pemain kelahiran Brazil ini melakarkan jaringan hatrik pada malam tersebut di gelanggang keramat JDT, di Larkin. Setelah Pahang kehilangan khidmat Forkey Doe yang mengalami kecederaan sebelum ini, Cruz membuktikan ketajaman penyudahnya sekaligus membantu Pahang…

Piala FA : Menyingkap Pertemuan Pahang Dan Kedah, Peluang Terbaik Lunas Dendam Final 2017

Pahang jarang sekali diundi bertemu Kedah dalam saingan Piala FA, namun pada musim ini, kedua-dua pasukan ini sekali lagi beradu kekuatan selepas bertemu di Stadium Shah Alam dalam aksi final musim lepas. Semua sedia maklum Kedah telah dinobat juara musim lalu menjadikan mereka pasukan kedua terbanyak (4 kali) memenangi trofi Piala FA ini, di belakang…

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya…

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini. Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan. Namun demikian, tonggak skuad…

unifi Liga Super: Pahang dan Perak Sekadar Terikat Tanpa Jaringan

Hasrat skuad Tok Gajah memburu 3 mata di arena sendiri tidak kesampaian selepas hanya berpuas hati terikat tanpa jaringan ke atas pasukan Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang bermula dengan mempertaruhkan dua penyerang tempatan yang dibarisi Nor Shahrul Idlan dan R Kogileswaran sambil memilih untuk meletakkan Sergio Unrein dibangku…

Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu: Pahang Mula Dengan Langkah Kiri

Pahang tewas dalam aksi pertama kejohanan 4 penjuru ke atas Terengganu FC 1 yang berlangsung di Kuala Terengganu malam tadi. Pahang memulakan separuh masa pertama dengan menurunkan pemain import dari Sweden, Philip Hellquist dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan di bahagian serangan. Manakala, Chan Vathanaka diberi tanggungjawab bergerak di bahagian sayap kanan dan dibantu seorang…

Chan Vathanaka – Penyerang Prolifik Kemboja Yang Menggegar Asia

Beliau baru berusia 24 tahun dan sudah memiliki lebih 30 caps bersama skuad kebangsaan Kemboja. Pemain ini pernah memenangi Anugerah Kasut Emas untuk liga utama Kemboja, Cambodian League selama 2 musim berturut-turut (2015 & 2016) ketika bersama kelab Boeung Ket Angkor. Chan Vathanaka, penyerang sensasi kelahiran Kemboja yang digelar ‘Messi Kemboja’ bakal membarisi jentera serangan Pahang…

Safuwan Baharuddin : 5 Fakta Tentang Import Baru Pahang !

Pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin baru sahaja menandatangani kontrak bagi pasukan Pahang dalam saingan Liga Super 2018. Melalui akaun Instagram miliknya, Safuwan memuat naik gambar beliau bersama bekas penyerang JDT dan Felda United, Norshahrul Idlan Talaha, serta Presiden PBNP, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah dengan menulis tanda pagar “#dreamscometrue”.…

Pahang tewas aksi terakhir pra-musim di Thailand

Pahang tewas dalam aksi terakhir pra-musim di Thailand dengan pendatang baru Liga Utama Korea Selatan, Gyeongnam FC dengan jaringan 1-0 sebentar tadi. Beraksi di atas  padang yang basah dan bermain dalam 3 fasa permainan, jentera serangan Pahang yang dipimpin Philip Hellquist gagal menjaringkan sebarang gol. Namun, kekentalan barisan pertahanan yang hanya melepaskan satu jaringan seharusnya…