Pahang FA Ulasan 

Liga Malaysia 2018: Rumusan Score Card Skuad Tok Gajah

Kekalahan kepada JDT Sabtu lalu menjadi aksi penutup bagi musim 2018 buat pasukan Pahang. Tersekat di pusingan Suku Akhir Piala Malaysia, Juara Piala FA dan menduduki ‘top 4’ Liga Super menjadi pencapaian musim kedua buat Dollah Salleh, yang kembali membimbing Tok Gajah pada musim lalu. Persiapan Pasukan Pahang memulakan musim baru dengan penghijrahan beberapa pemain keluar termasuk tonggak import yang tidak disambung kontrak, dan hanya Mamadou Sumareh yang dikekalkan. Sebagai ganti, Pahang telah membawa masuk beberapa pemain seperti Norshahrul Idlan, Bunyamin Omar, Remezey Che Ros, Hazri Rozali, dan pemain import…

Read More
Berita Pahang FA 

unifi Piala Malaysia: Dollah Lega Pemain Bangkit Dari Lena

Ketua jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembiraan selepas menyaksikan anak-anak buahnya kembali menemui prestasi seperti yang diinginkannya sebelum ini. “Hari ni (malam Sabtu), saya rasa betul-betul lega kerana pemain-pemain Pahang telah berjaya menunjukkan mutu permainan yang sebenarnya. Selepas aksi final Piala FA, kita sebenarnya agak bergelut untuk mengembalikan prestasi dan mungkin beberapa pemain agak selesa selepas menjadi juara. Namun begitu, pemain-pemain dapat bangkit dengan kemenangan pada perlawanan ini, dan saya amat berpuas hati dengan kesuluruhan corak permainan pemain-pemain saya” ujarnya kepada pihak media selepas perlawanan. Pada…

Read More
Berita Pahang FA 

unifi Piala Malaysia 2018: Pahang Cicir Mata Pada Perlawanan Pertama Kumpulan D

Skuad kendalian Dollah Salleh gagal menggunakan kesempatan beraksi di halaman sendiri selepas diikat pasukan dari Liga Premier, Sabah 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai saingan Piala Malaysia pada Sabtu. Pasukan tuan rumah turun dengan kesebelasan terbaik selepas kembalinya ketua pasukan, Matthew Davies yang terlepas beberapa perlawanan terakhir saingan Liga Super. Namun begitu, Pahang terus kempunan menagih aksi seorang lagi tonggak import iaitu Issey Nakajima yang masih belum cergas 100%. Tugas menggempur kubu lawan terus dipikul gandingan Iwuji Amutu dan Norshahrul Idlan Talaha dan dibantu Wan Zaharulnizam serta Mohamadou Sumareh. Perlawanan pada…

Read More
Liga Super Pahang FA Pelbagai Ulasan 

Mampukah Pahang bergelar Naib Juara Liga Super?

Mahkota kejuaraan Liga Super sudah berjaya dimiliki oleh JDT, juga buat kali kelima berturut-turut dan tanpa perlu bersusah-payah menghabiskan baki perlawanan liga. Seperti biasa, pasukan lain hanya mampu berebut kedudukan Naib Juara liga, namun yang menariknya pada musim ini, kedudukan Naib Juara Liga Super menjanjikan slot ke Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, selepas slot juara Piala FA di’sekat’ atas hukuman menolak untuk beraksi dalam saingan Piala AFC secara paksaan pada musim ini. Inilah kali pertama pasukan selain JDT bakal merasai pengalaman beraksi di kelayakan hierarki tertinggi kejuaraan kelab Asia, sejak Malaysia…

Read More
Berita Pahang FA 

shopee Piala FA 2018: Pahang Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Bergelar Juara Baharu Musim 2018

Matthew Davies mencipta sejarah apabila muncul sebagai ketua pasukan termuda menjulang kejuaraan Piala FA selepas Pahang berjaya menundukkan Selangor dengan jaringan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Dua gol jaringan oleh Norazam Azih dan Patrick Cruz masing-masing pada setiap babak permainan sudah cukup untuk Pahang mengubati kekecewaan musim 2017. Skuad Tok Gajah yang turun dalam aksi final keduanya dalam tempoh 2 tahun jelas menurunkan barisan terkuatnya termasuklah dengan meletakkan pemain import kelahiran Brazil, Patrick Cruz di kesebelasan utama walaupun dilaporkan beliau tidak 100% cergas untuk beraksi. Kehadiran Cruz…

Read More
Pahang FA Ulasan 

Pahang & Piala FA: Aura Baru Bukit Jalil Bakal Memihak Tok Gajah?

Pentas final Piala FA 2018 merupakan penampilan kelima Pahang di pentas final. Pahang merasa nikmat Final buat pertama kali pada tahun 1995, namun tewas kepada Sabah. 11 tahun terpaksa dinantikan skuad Tok Gajah untuk muncul sekali lagi di pentas final dan meraih kejuaraan buat pertama kali pada 2006. Sejak dinaikkan ke Liga Super pada musim 2013, Piala FA ibarat ‘padang latihan’ untuk pasukan Pahang. Tok Gajah muncul pasukan paling berjaya dalam tempoh 6 musim itu, muncul 5 kali di pentas separuh akhir (hanya gagal 2016) dan Final sebanyak 3 kali…

Read More
Pahang FA Ulasan 

Issey-Amutu : Apa sudah jadi?

Kecederaan Forkey Doe ketika bertemu Kedah selepas hanya beraksi 4 perlawanan bersama Pahang seakan menjadi permulaan episod malang buat pengendali Pahang, Dollah Salleh. Namun begitu, pemain-pemain Pahang masih lagi berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan seterusnya, dengan menyingkirkan JDT di Larkin dalam Piala FA dan mampu menghapus badi kemenangan di Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super. Pasca kecederaan Forkey Doe Ketika minggu angin peralihan politik tanah air bertiup kencang, landskap bola sepak Pahang juga ditiup dengan spekulasi angin pertukaran pemain import. Pada awalnya, penyokong Tok Gajah hanya menjangkakan seorang import…

Read More
Berita Liga Super Pahang FA 

“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah yang di temui pada sidang media selepas perlawanan, Ashar menunjukkan permainan yang baik walaupun sudah lama tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya. Saya tak sangka beliau dapat bermain dengan baik. Ini kerana sudah sekian lama dia…

Read More
Berita Pahang FA 

‘Respect Ourself’ – Cruz

Patrick Cruz adalah watak penting yang membawa Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT. Masakan tidak, pemain kelahiran Brazil ini melakarkan jaringan hatrik pada malam tersebut di gelanggang keramat JDT, di Larkin. Setelah Pahang kehilangan khidmat Forkey Doe yang mengalami kecederaan sebelum ini, Cruz membuktikan ketajaman penyudahnya sekaligus membantu Pahang bangkit selepas hanya seri tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama di Kuantan. Beliau yang ditemubual penulis melahirkan kesyukuran dan gembira dengan kemenangan pada malam itu.Baginya, kesungguhan pemain dan sikap percaya kepada kemampuan sendiri adalah…

Read More
Fakta Pahang FA 

Piala FA : Menyingkap Pertemuan Pahang Dan Kedah, Peluang Terbaik Lunas Dendam Final 2017

Pahang jarang sekali diundi bertemu Kedah dalam saingan Piala FA, namun pada musim ini, kedua-dua pasukan ini sekali lagi beradu kekuatan selepas bertemu di Stadium Shah Alam dalam aksi final musim lepas. Semua sedia maklum Kedah telah dinobat juara musim lalu menjadikan mereka pasukan kedua terbanyak (4 kali) memenangi trofi Piala FA ini, di belakang Selangor (5 kali). Juara Piala FA juga dijanjikan slot Piala AFC, namun ‘kegagalan’ skuad Kedah memenuhi syarat lesen AFC dan Pahang pula menolak untuk beraksi menjadikan slot Piala AFC 2018 untuk juara piala FA musim…

Read More