Berita Liga Super Pahang FA 

“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah yang di temui pada sidang media selepas perlawanan, Ashar menunjukkan permainan yang baik walaupun sudah lama tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya. Saya tak sangka beliau dapat bermain dengan baik. Ini kerana sudah sekian lama dia…

Read More
Berita Liga Super 

Dollah gembira prestasi Cruz dan Forkey Doe.

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata gembira dengan prestasi yang di tunjukkan anak buahnya selepas berjaya membenam Selangor 3-1 di halaman lawan semalam. Dalam aksi Liga Super itu, gol-gol pasukan Pahang di jaringkan oleh Patrick Cruz, pemain import yang baru di daftarkan dan dua gol melalui Forkey Doe yang juga merupakan gol yang ke 100 beliau dalam kancah Liga Malaysia yang telah beliau sertai sejak 2012. Dollah memuji aksi kedua penyerang import ini yang walaupun pertama kali di gandingkan namun cepat menyesuaikan diri dalam membentuk persefahaman seperti yang di harapkan. Kemasukan dua pemain…

Read More
Fakta Liga Super Ulasan 

[Analisis] Pecah Rekod 2015 Untuk Berpeluang Muncul Juara 2018

Umum mengetahui kali terakhir Pahang bergelar juara saingan Liga Super adalah pada edisi yang pertama, iaitu 14 tahun yang lalu. Satu angka yang sangat besar dan sudah pasti, bukan sahaja ingin ditamatkan oleh barisan pemain malah para penyokong yang terlalu dahagakan kejuaraan liga. Jikalau diimbas semula prestasi Pahang dalam 5 kejuaraan liga terdahulu (2013-2017), tahun 2015 merupakan yang terbaik untuk meraih kejuaraan dan hanya dipisahkan 2 mata dengan JDT. Artikel ini melihat akan prestasi Pahang berdasarkan 5 tahun terdahulu berdasarkan jumlah keseluruhan perlawanan yang sama (22 perlawanan) berbanding tahun sebelum…

Read More
Berita Liga Super Pahang FA 

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini. Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan. Namun demikian, tonggak skuad Tok Gajah itu tidak dapat menyembunyikan hasrat untuk bangkit bagi memburu  kemenangan pertama musim ini. Saya akan melakukan lebih baik dalam perlawanan kedua nanti dan saya melihat dari sudut positif terhadap perlawanan yang berlangsung dalam…

Read More
Berita Liga Super Pahang FA 

unifi Liga Super: Pahang dan Perak Sekadar Terikat Tanpa Jaringan

Hasrat skuad Tok Gajah memburu 3 mata di arena sendiri tidak kesampaian selepas hanya berpuas hati terikat tanpa jaringan ke atas pasukan Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang bermula dengan mempertaruhkan dua penyerang tempatan yang dibarisi Nor Shahrul Idlan dan R Kogileswaran sambil memilih untuk meletakkan Sergio Unrein dibangku simpanan. Sementara itu, skuad pelawat tampil dengan seorang penyerang import, Gilmar Da Silva di bahagian hadapan dan dibantu oleh Wander Luiz. Brendan Gan diberikan kepercayaan untuk diturunkan di kesebelasan utama selepas berehat lama musim lalu.…

Read More
Fakta Liga Super Pahang FA Ulasan 

Chan Vathanaka – Penyerang Prolifik Kemboja Yang Menggegar Asia

Beliau baru berusia 24 tahun dan sudah memiliki lebih 30 caps bersama skuad kebangsaan Kemboja. Pemain ini pernah memenangi Anugerah Kasut Emas untuk liga utama Kemboja, Cambodian League selama 2 musim berturut-turut (2015 & 2016) ketika bersama kelab Boeung Ket Angkor. Chan Vathanaka, penyerang sensasi kelahiran Kemboja yang digelar ‘Messi Kemboja’ bakal membarisi jentera serangan Pahang bagi musim 2018.  Karier beliau bermula di Preah Khan Reach Svay Rieng FC pada tahun 2010. Selepas membuat penampilan bersama skuad senior selama 2 tahun, beliau dipancing kelab gergasi Kemboja, Boeung Ket Angkor FC pada usia…

Read More
Fakta Liga Super Pahang FA Ulasan 

Safuwan Baharuddin : 5 Fakta Tentang Import Baru Pahang !

Pemain serba boleh Singapura, Safuwan Baharuddin baru sahaja menandatangani kontrak bagi pasukan Pahang dalam saingan Liga Super 2018. Melalui akaun Instagram miliknya, Safuwan memuat naik gambar beliau bersama bekas penyerang JDT dan Felda United, Norshahrul Idlan Talaha, serta Presiden PBNP, Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Ahmad Shah dengan menulis tanda pagar “#dreamscometrue”. Berikut fakta menarik mengenai pemain berusia 26 tahun ini : Safuwan asalnya bermain di posisi penyerang semasa menuntut di Institute of Technical Education, Singapura, sebelum beralih ke posisi tengah ketika bersama National Football Academy (NFA),…

Read More
Liga Super Pahang FA Ulasan 

2018 : Satu permulaan

Kurang dari 30 hari sebelum sepak mula Liga Super yang akan belangsung pada awal febuari 2018, persiapan rapi sedang dilancarkan termasuklah laporan yang menyatakan mengenai perlawanan pra-musim membabitkan pasukan Tok Gajah di Thailand. Berbekalkan skuad yang hampir lengkap temasuklah perkhabaran mengenai kedatangan seorang lagi pemain import baharu yang akan menyertai pasukan dalam masa terdekat, ia mampu menyediakan sebuah pasukan yang lebih baik berbanding musim terdahulu. Jika di imbas prestasi Pahang dalam 5 edisi Liga Super sebelum ini, musim 2015 adalah dianggap cemerlang selepas Pahang berjaya merekodkan 44 mata dan hanya…

Read More