Berita Liga Super Pahang FA 

“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas. Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu. Menurut Dollah yang di temui pada sidang media selepas perlawanan, Ashar menunjukkan permainan yang baik walaupun sudah lama tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya. Saya tak sangka beliau dapat bermain dengan baik. Ini kerana sudah sekian lama dia…

Read More
Berita Pahang FA 

‘Respect Ourself’ – Cruz

Patrick Cruz adalah watak penting yang membawa Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT. Masakan tidak, pemain kelahiran Brazil ini melakarkan jaringan hatrik pada malam tersebut di gelanggang keramat JDT, di Larkin. Setelah Pahang kehilangan khidmat Forkey Doe yang mengalami kecederaan sebelum ini, Cruz membuktikan ketajaman penyudahnya sekaligus membantu Pahang bangkit selepas hanya seri tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama di Kuantan. Beliau yang ditemubual penulis melahirkan kesyukuran dan gembira dengan kemenangan pada malam itu.Baginya, kesungguhan pemain dan sikap percaya kepada kemampuan sendiri adalah…

Read More
Berita 

Impian Saya Jadi Kenyataan – R Kogileswaran

Disebalik kejayaan Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT, ianya lebih bermakna buat R Kogileswaran apabila menjadi watak penting dalam membawa kejayaan pasukan di Larkin semalam. Selepas kali kedua diletakkan dalam kesebelasan utama gara-gara kecederaan yang menimpa Francis Forkey Doe tempoh hari seakan memberi peluang buat anak muda ini untuk mencipta sesuatu dalam perlawanan besar ini. Beliau yang ditemubual sejurus selepas perlawanan nyata berpuas hati dengan keputusan sambil berterima kasih di atas kepercayaan kem kejurulatihan yang meletakkannya sebagai pemain utama untuk mencipta kejutan dalam perlawanan…

Read More
Berita 

Shopee Piala FA: Saya Kagum Dengan Semangat Juang Pemain – Dollah Salleh

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembirannya selepas membawa Pahang ke saingan separuh akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut dengan menundukkan JDT di Larkin malam tadi. Dollah yang ditemubual selepas perlawanan berkata, segala perancangan yang diterapkannya telah berjaya diterjemahkan oleh para pemain sehingga mampu meleburkan rekod cemerlang tuan rumah di Larkin. Kami datang ke sini bukanlah ingin bermain dengan corak permainan bertahan. Itu bukan cara permainan kami. Sekiranya anda menerapkan falsafah itu, ia akan lebih memberi tekanan kepada pasukan. Malah saya  sering ingatkan pemain agar…

Read More
Berita 

Shopee Piala FA: Pahang Singkir Juara Bertahan, Lunas Dendam Musim Lalu

Jaringan tunggal Mohamadou Sumareh pada penghujung separuh masa pertama sudah cukup untuk menyingkirkan juara bertahan, Kedah dalam perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan sebentar tadi. Skuad kendalian Dollah Salleh turun berbekalkan semangat untuk menamatkan episod duka dalam saingan akhir Piala FA musim lalu dengan menunjukkan permainan yang menyakinkan sepanjang 10 minit pertama permainan. Asakan tuan rumah seakan kendur selepas penyerang importnya, Francis Forkey Doe terpaksa dikeluarkan pada minit ke 12 akibat mengalami kecederaan dan digantikan dengan Nor Shahrul Idlan Talaha. Kesempatan itu digunakan…

Read More
Berita 

unifi Liga Super: Tok Gajah Raih Kemenangan Ketiga , Semakin Semangat Mencabar Kedudukan Liga

Pahang meneruskan momentum kemenangan dalam saingan unifi Liga Super selepas berjaya menundukkan skuad Rusa 4-0 di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Skuad Tok Gajah turun dengan membariskan kesebelasan utamanya manakala skuad pelawat masih tidak menurunkan tonggak importnya, Nicholas Velez yang masih belum cergas sepenuhnya. Negeri Sembilan nyata bersemangat untuk memburu gol pendahuluan seawal minit permainan dan menyaksikan skuad kendalian Azraai Khor memiliki 2 sepakan penjuru berturut-turut dan seakan memberi amaran awal akan kebangkitan pasukan itu. Pahang mula mendapat rentak selepas permainan memasuki minit ke 10 apabila serangan demi serangan berjaya…

Read More
Berita Liga Super 

Dollah gembira prestasi Cruz dan Forkey Doe.

Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh nyata gembira dengan prestasi yang di tunjukkan anak buahnya selepas berjaya membenam Selangor 3-1 di halaman lawan semalam. Dalam aksi Liga Super itu, gol-gol pasukan Pahang di jaringkan oleh Patrick Cruz, pemain import yang baru di daftarkan dan dua gol melalui Forkey Doe yang juga merupakan gol yang ke 100 beliau dalam kancah Liga Malaysia yang telah beliau sertai sejak 2012. Dollah memuji aksi kedua penyerang import ini yang walaupun pertama kali di gandingkan namun cepat menyesuaikan diri dalam membentuk persefahaman seperti yang di harapkan. Kemasukan dua pemain…

Read More
Berita 

Walaupun Ini Perlawanan Pertama Kami, Saya Lega Kami Mampu Melakukannya-Patrick Cruz

Penampilan pertama penyerang import baharu Pahang, Patrick Cruz nyata cemerlang selepas membantu pasukannya melakar kemenangan ke atas seteru utama, Selangor di halaman lawan semalam. Aksi pertamanya semalam nyata memukau para penyokong setia Tok Gajah selepas berjaya menyumbang satu gol serta membantu kepada penghasilan gol kedua oleh Francis Forkey Doe sekaligus melebarkan penguasaan Pahang ke atas Selangor di arena lawan selepas 4 musim. Saya nyata bersyukur kerana diberi kesempatan untuk beraksi dengan pasukan yang dianggap besar di dalam Liga Malaysia dan saya nekad untuk mempamerkan persembahan yang terbaik dan tidak terlalu…

Read More
Berita 

unifi Liga Super: ‘Debut’ Cruz Bantu Pahang Lakar Kemenangan Bergaya

Patrick Cruz tidak menunggu lama untuk menyinar dalam penampilan pertamanya selepas berjaya membantu Pahang melakar kemenangan ke atas Selangor dengan jaringan 1-3 di Cheras sebentar tadi. 1 gol dan 1 ‘assist’ beliau selain 2 gol Francis Forkey Doe meletakkan Pahang di kedudukan terbaik untuk mencabar takhta liga. Pahang segera mengejutkan tuan rumah apabila mendahului pada minit ke 6 melalui Patrick Cruz yang mudah menolak masuk hantaran silang Mohamadou Sumareh dari sebelah kiri pintu gol lawan. Skuad Tok Gajah jelas menguasai permainan sepanjang babak pertama perlawanan. Namun demikian, Selangor memperolehi gol…

Read More
Berita 

Forkey Doe Buka Akaun Jaringan, Bantu Pahang Lakar Kemenangan Pertama

Gol jaringan Francis Forkey Doe, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih berjaya menamatkan kemarau gol dan kemenangan buat Pahang selepas berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang turun dengan menampilkan pemain import baharu, Francis Forkey Doe menggantikan Sergio Unrein di bahagian serangan sambil kembali meletakkan Faisal Rosli di posisi bek kiri. Bagi skuad pelawat pula, Nik Sharul Azim dan Margoro Gomis direhatkan dan masih meletakkan Bruno Lopes sebagai penyerang tunggal untuk merobek kubu lawan. Pahang jelas menampilkan persembahan yang amat positif seawal minit permainan dan segera menguasai…

Read More