"There's football adrenaline inside circulatory system of my body hence rush my passion in synthesising the electrifying football scene".

unifi Liga Super: ‘Debut’ Cruz Bantu Pahang Lakar Kemenangan Bergaya

Patrick Cruz tidak menunggu lama untuk menyinar dalam penampilan pertamanya selepas berjaya membantu Pahang melakar kemenangan ke atas Selangor dengan jaringan 1-3 di Cheras sebentar tadi. 1 gol dan 1 ‘assist’ beliau selain 2 gol Francis Forkey Doe meletakkan Pahang di kedudukan terbaik untuk mencabar takhta liga. Pahang segera mengejutkan tuan rumah apabila mendahului pada…

[Analisis] Pecah Rekod 2015 Untuk Berpeluang Muncul Juara 2018

Umum mengetahui kali terakhir Pahang bergelar juara saingan Liga Super adalah pada edisi yang pertama, iaitu 14 tahun yang lalu. Satu angka yang sangat besar dan sudah pasti, bukan sahaja ingin ditamatkan oleh barisan pemain malah para penyokong yang terlalu dahagakan kejuaraan liga. Jikalau diimbas semula prestasi Pahang dalam 5 kejuaraan liga terdahulu (2013-2017), tahun…

Forkey Doe Buka Akaun Jaringan, Bantu Pahang Lakar Kemenangan Pertama

Gol jaringan Francis Forkey Doe, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih berjaya menamatkan kemarau gol dan kemenangan buat Pahang selepas berjaya menundukkan Kelantan di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang turun dengan menampilkan pemain import baharu, Francis Forkey Doe menggantikan Sergio Unrein di bahagian serangan sambil kembali meletakkan Faisal Rosli di posisi bek kiri. Bagi…

unifi Liga Super: Pahang Tersungkur Di Shah Alam

Hasrat pasukan Pahang memburu kemenangan pertama dalam saingan unifi Liga Super tidak kesampaian selepas tewas ke atas PKNS dengan jaringan 1-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Gol tunggal berjaya dijaringkan Mohd Safee Sali dipenghujung babak kedua permainan menyaksikan PKNS berjaya melakar kemenangan pertama musim ini. Separuh masa pertama Skuad Pahang masih menampilkan kesebelasan utamanya…

Perlawanan Demi Perlawanan Akan Mematangkan Kami – Safuwan Baharudin

Pemain tengah pasukan Pahang, Safuwan Baharudin nyata nekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik menjelang perlawanan kedua unifi Liga Super bertemu PKNS FC di Shah Alam Rabu ini. Pada perlawanan yang berlangsung semalam, skuad Tok Gajah gagal mengutip mata penuh selepas sekadar seri tanpa jaringan ke atas skuad Seladang di Kuantan. Namun demikian, tonggak skuad…

unifi Liga Super: Pahang dan Perak Sekadar Terikat Tanpa Jaringan

Hasrat skuad Tok Gajah memburu 3 mata di arena sendiri tidak kesampaian selepas hanya berpuas hati terikat tanpa jaringan ke atas pasukan Perak pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Pahang bermula dengan mempertaruhkan dua penyerang tempatan yang dibarisi Nor Shahrul Idlan dan R Kogileswaran sambil memilih untuk meletakkan Sergio Unrein dibangku…

Piala Y.A.B Menteri Besar Terengganu: Pahang Mula Dengan Langkah Kiri

Pahang tewas dalam aksi pertama kejohanan 4 penjuru ke atas Terengganu FC 1 yang berlangsung di Kuala Terengganu malam tadi. Pahang memulakan separuh masa pertama dengan menurunkan pemain import dari Sweden, Philip Hellquist dan digandingkan dengan Nor Shahrul Idlan di bahagian serangan. Manakala, Chan Vathanaka diberi tanggungjawab bergerak di bahagian sayap kanan dan dibantu seorang…

Pahang tewas aksi terakhir pra-musim di Thailand

Pahang tewas dalam aksi terakhir pra-musim di Thailand dengan pendatang baru Liga Utama Korea Selatan, Gyeongnam FC dengan jaringan 1-0 sebentar tadi. Beraksi di atas  padang yang basah dan bermain dalam 3 fasa permainan, jentera serangan Pahang yang dipimpin Philip Hellquist gagal menjaringkan sebarang gol. Namun, kekentalan barisan pertahanan yang hanya melepaskan satu jaringan seharusnya…

Tempahan Jersi Musim 2018 Kini Dibuka

Berita baik buat peminat setia pasukan Tok Gajah, jersi baru sudah boleh ditempah secara atas talian bermula 8 Januari lalu. Hari ini, laman rasmi Pahang FA telah memuat naik poster mengenai tempahan jersi tersebut dan peminat boleh membuat pembelian secara atas talian melalui pautan www.store.pahangfa.com. Ini adalah kali pertama sistem penjualan jersi dilakukan melalui atas…