Pahang FA Ulasan 

Liga Malaysia 2018: Rumusan Score Card Skuad Tok Gajah

Kekalahan kepada JDT Sabtu lalu menjadi aksi penutup bagi musim 2018 buat pasukan Pahang. Tersekat di pusingan Suku Akhir Piala Malaysia, Juara Piala FA dan menduduki ‘top 4’ Liga Super menjadi pencapaian musim kedua buat Dollah Salleh, yang kembali membimbing Tok Gajah pada musim lalu. Persiapan Pasukan Pahang memulakan musim baru dengan penghijrahan beberapa pemain keluar termasuk tonggak import yang tidak disambung kontrak, dan hanya Mamadou Sumareh yang dikekalkan. Sebagai ganti, Pahang telah membawa masuk beberapa pemain seperti Norshahrul Idlan, Bunyamin Omar, Remezey Che Ros, Hazri Rozali, dan pemain import…

Read More
Liga Super Pahang FA Pelbagai Ulasan 

Mampukah Pahang bergelar Naib Juara Liga Super?

Mahkota kejuaraan Liga Super sudah berjaya dimiliki oleh JDT, juga buat kali kelima berturut-turut dan tanpa perlu bersusah-payah menghabiskan baki perlawanan liga. Seperti biasa, pasukan lain hanya mampu berebut kedudukan Naib Juara liga, namun yang menariknya pada musim ini, kedudukan Naib Juara Liga Super menjanjikan slot ke Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, selepas slot juara Piala FA di’sekat’ atas hukuman menolak untuk beraksi dalam saingan Piala AFC secara paksaan pada musim ini. Inilah kali pertama pasukan selain JDT bakal merasai pengalaman beraksi di kelayakan hierarki tertinggi kejuaraan kelab Asia, sejak Malaysia…

Read More
Pahang FA Ulasan 

Pahang & Piala FA: Aura Baru Bukit Jalil Bakal Memihak Tok Gajah?

Pentas final Piala FA 2018 merupakan penampilan kelima Pahang di pentas final. Pahang merasa nikmat Final buat pertama kali pada tahun 1995, namun tewas kepada Sabah. 11 tahun terpaksa dinantikan skuad Tok Gajah untuk muncul sekali lagi di pentas final dan meraih kejuaraan buat pertama kali pada 2006. Sejak dinaikkan ke Liga Super pada musim 2013, Piala FA ibarat ‘padang latihan’ untuk pasukan Pahang. Tok Gajah muncul pasukan paling berjaya dalam tempoh 6 musim itu, muncul 5 kali di pentas separuh akhir (hanya gagal 2016) dan Final sebanyak 3 kali…

Read More
Pahang FA Ulasan 

Issey-Amutu : Apa sudah jadi?

Kecederaan Forkey Doe ketika bertemu Kedah selepas hanya beraksi 4 perlawanan bersama Pahang seakan menjadi permulaan episod malang buat pengendali Pahang, Dollah Salleh. Namun begitu, pemain-pemain Pahang masih lagi berjaya mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan seterusnya, dengan menyingkirkan JDT di Larkin dalam Piala FA dan mampu menghapus badi kemenangan di Kuala Terengganu dalam saingan Liga Super. Pasca kecederaan Forkey Doe Ketika minggu angin peralihan politik tanah air bertiup kencang, landskap bola sepak Pahang juga ditiup dengan spekulasi angin pertukaran pemain import. Pada awalnya, penyokong Tok Gajah hanya menjangkakan seorang import…

Read More
Fakta Pahang FA 

Piala FA : Menyingkap Pertemuan Pahang Dan Kedah, Peluang Terbaik Lunas Dendam Final 2017

Pahang jarang sekali diundi bertemu Kedah dalam saingan Piala FA, namun pada musim ini, kedua-dua pasukan ini sekali lagi beradu kekuatan selepas bertemu di Stadium Shah Alam dalam aksi final musim lepas. Semua sedia maklum Kedah telah dinobat juara musim lalu menjadikan mereka pasukan kedua terbanyak (4 kali) memenangi trofi Piala FA ini, di belakang Selangor (5 kali). Juara Piala FA juga dijanjikan slot Piala AFC, namun ‘kegagalan’ skuad Kedah memenuhi syarat lesen AFC dan Pahang pula menolak untuk beraksi menjadikan slot Piala AFC 2018 untuk juara piala FA musim…

Read More
Fakta Pelbagai 

Patrick Cruz-Peledak Tok Gajah Yang Dinanti-Nantikan

Patrick dos Santos Cruz, atau lebih dikenali dengan Patrick Cruz hadir ke Darul Makmur di hujung tarikh pendaftaran pemain Liga Super 2018. Kehadiran Patrick ternyata berhasil apabila sudah meledak 3 gol daripada 3 penampilan, hasil gandingan bersama ‘otai’ import Liga Malaysia, Francis Forkey Doe. Patrick memulakan karier di Akademi Sao Paulo FC sejak berusia 15 tahun, sebelum memulakan karier bersama pasukan Serie A Brazil, Corinthians. Memilih Ke Asia Seawal umur 22 tahun, Patrick memulakan langkah ke luar Brazil dengan memilih Indonesia sebagai destinasi pertama. Gambar beliau di media sosial bersama…

Read More
Pelbagai 

Skuad juara sulung Piala FA Pahang 2006-Dimanakah mereka sekarang?

Pahang menjuarai Piala FA buat pertama kali pada musim 2005/2006 dengan menewaskan Perlis melalui sepakan penalti 4-2 selepas terikat 0-0. Skuad kendalian Zainal Abidin Hassan ini mencipta kejutan selepas tidak diberi perhatian akibat prestasi teruk dalam saingan liga. Dalam aksi Final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Pahang terpaksa melupakan khidmat Rosdi Talib yang digantung perlawanan selepas mengutip dua kad kuning dan Bernard Tchoutang yang mengalami kecederaan. Berikut kesebelasan utama Pahang yang berjaya merangkul trofi Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah selepas gagal pada percubaan pertama musim 1995…

Read More
Fakta Pelbagai 

5 Pemain Yang Pernah Membuat Penampilan Bersama Pahang dan Negeri Sembilan

Pahang dan Negeri Sembilan seakan memiliki persamaan apabila kedua-dua pasukan pernah mengecap zaman kegemilangan di era 90-an serta di awal fasa pertama saingan Liga Super, sebelum kedua-duanya melalui zaman yang tidak konsisten. Kedua-dua pasukan ini berkongsi bilangan trofi Liga Super (1) dan Piala FA (2) yang sama, namun Pahang sedikit cemerlang dengan memiliki lebih 2 trofi dalam saingan Piala Malaysia. Pertembungan kedua-dua pasukan ini juga tidaklah begitu dinantikan penyokong mereka seperti pertemuan Pahang bertemu JDT, atau Naning ‘Derby’-Negeri Sembilan bertemu Melaka. Daripada senarai pemain-pemain yang pernah menabur bakti untuk kedua-dua…

Read More
Fakta Pelbagai 

Piala FA: Masa Terbaik Untuk Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Buru Dominasi Baru

Sejak diperkenalkan pada tahun 1990, Piala FA bukanlah sinonim dengan Pahang, kerana sepanjang 28 edisi Piala FA, Pahang hanya mampu muncul juara sebanyak 2 kali, itu pun di era millenium, selepas gagal dalam percubaan pertama di pentas Final pada tahun 1995 (kecundang 1-3 kepada Sabah). Walau bagaimana pun, selepas naik semula ke Liga Super pada musim 2013, aksi Pahang dalam saingan Piala FA agak cemerlang. Daripada 5 musim, hanya sekali terkandas di pusingan ketiga (2016), sekali juara dan naib juara, selebihnya terkandas di separuh akhir. Ternyata, Dollah Salleh dan Zainal…

Read More
Fakta Pelbagai 

Fadzli Shaari – Kisah Permata Bola Sepak Pahang Dan Pengembaraannya

Terma ‘Journey Man atau Si Pengembara’ sering digunakan dalam kamus sukan dan bola sepak antarabangsa bagi pemain yang pernah beraksi untuk banyak kelab. Antara nama besar ‘Journey Man’ dalam dunia bola sepak ialah Nicholas Anelka (8 kelab), Christian Vieri (12 kelab), Rivaldo (14 kelab), Jari Litmanen (10 kelab), dan Zlatan Ibrahimovic (8 kelab). Dalam kancah Liga Malaysia, bukanlah mudah untuk mencari pemain yang beraksi lebih daripada 5 kelab, ini kerana mungkin faktor ‘sayangkan negeri’ menjadi halangan. Antara ‘Journey Man’ popular dan pernah bersama Pahang ialah Indra Putra Mahyuddin (8 pasukan),…

Read More