Liga Super Pahang FA Pelbagai Ulasan 

Mampukah Pahang bergelar Naib Juara Liga Super?

Mahkota kejuaraan Liga Super sudah berjaya dimiliki oleh JDT, juga buat kali kelima berturut-turut dan tanpa perlu bersusah-payah menghabiskan baki perlawanan liga. Seperti biasa, pasukan lain hanya mampu berebut kedudukan Naib Juara liga, namun yang menariknya pada musim ini, kedudukan Naib Juara Liga Super menjanjikan slot ke Kelayakan Liga Juara-Juara Asia, selepas slot juara Piala FA di’sekat’ atas hukuman menolak untuk beraksi dalam saingan Piala AFC secara paksaan pada musim ini. Inilah kali pertama pasukan selain JDT bakal merasai pengalaman beraksi di kelayakan hierarki tertinggi kejuaraan kelab Asia, sejak Malaysia…

Read More
Berita Pahang FA 

shopee Piala FA 2018: Pahang Ubati Kekecewaan Musim Lalu, Bergelar Juara Baharu Musim 2018

Matthew Davies mencipta sejarah apabila muncul sebagai ketua pasukan termuda menjulang kejuaraan Piala FA selepas Pahang berjaya menundukkan Selangor dengan jaringan 0-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. Dua gol jaringan oleh Norazam Azih dan Patrick Cruz masing-masing pada setiap babak permainan sudah cukup untuk Pahang mengubati kekecewaan musim 2017. Skuad Tok Gajah yang turun dalam aksi final keduanya dalam tempoh 2 tahun jelas menurunkan barisan terkuatnya termasuklah dengan meletakkan pemain import kelahiran Brazil, Patrick Cruz di kesebelasan utama walaupun dilaporkan beliau tidak 100% cergas untuk beraksi. Kehadiran Cruz…

Read More
Pahang FA Ulasan 

Pahang & Piala FA: Aura Baru Bukit Jalil Bakal Memihak Tok Gajah?

Pentas final Piala FA 2018 merupakan penampilan kelima Pahang di pentas final. Pahang merasa nikmat Final buat pertama kali pada tahun 1995, namun tewas kepada Sabah. 11 tahun terpaksa dinantikan skuad Tok Gajah untuk muncul sekali lagi di pentas final dan meraih kejuaraan buat pertama kali pada 2006. Sejak dinaikkan ke Liga Super pada musim 2013, Piala FA ibarat ‘padang latihan’ untuk pasukan Pahang. Tok Gajah muncul pasukan paling berjaya dalam tempoh 6 musim itu, muncul 5 kali di pentas separuh akhir (hanya gagal 2016) dan Final sebanyak 3 kali…

Read More