Berita Liga Super Pahang FA 

“Ashar tidak menghampakan” – Dollah Salleh

Pengendali Pahang, Dollah Salleh nyata berpuas hati dengan prestasi yang di tunjukkan oleh Ashar Al Aafiz yang turun menggantikan Matthew Davies dalam pertemuan dengan Melaka, Sabtu lepas.

Matthew Davies terpaksa di rehatkan Pahang apabila mengalami kecederaan selepas membantu Pahang menewaskan JDT, 3-0 dalam saingan Suku Akhir Piala FA di Stadium Larkin minggu lalu.

Menurut Dollah yang di temui pada sidang media selepas perlawanan, Ashar menunjukkan permainan yang baik walaupun sudah lama tidak beraksi dalam kesebelasan utamanya.

Saya tak sangka beliau dapat bermain dengan baik. Ini kerana sudah sekian lama dia tidak berada dalam senarai 18 pemain dan dia sendiri agak terkejut apabila di letakkan dalam kesebelasan utama pada malam ini. Bagi saya, dia memang tidak menghampakan. Cuma pada minit-minit terakhir, dia memberitahu saya yang dia hampir mengalami kekejangan otot. Itu adalah perkara lumrah yang terjadi kepada pemain yang sudah lama tidak beraksi dalam perlawanan.

Dalam perlawanan ini, Pahang berjaya menewaskan Melaka United, 2-0 hasil jaringan Patrick Cruz dan Faisal Abdul Halim yang masuk sebagai pemain gantian.

Dollah juga mengakui pemain-pemainnya nampak keletihan dan gagal beraksi dengan baik pada separuh masa pertama sehinggakan melakukan beberapa kesilapan mudah. Baginya, Pahang beruntung kerana bahagian serangan Melaka United gagal memanfaatkan peluang-peluang yang ada.

Namun, beliau bersyukur kerana akhirnya pemain-pemainnya dapat bangkit terutama selepas Patrick Cruz berjaya menjaringkan gol pertama Pahang.

Alhamdulillah, separuh masa kedua kita bangkit. Walaupun kebangkitan kita agak lewat. Selepas Patrick dapat menjaringkan gol, nampaknya kita pula dapat menguasai permainan. Kemasukan Wan Zaharulnizam dan Faisal Halim nampaknya memantapkan lagi pasukan. Akhirnya, Faisal dapat menjaringkan gol kedua (Pahang). Bagi saya, ini adalah gol pembunuh dan sekaligus melegakan kami.

Pahang bakal bertemu Terengganu FC pada 1 Mei (Selasa) di gelanggang lawan dalam satu lagi saingan Liga Super.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: