Berita Pahang FA 

‘Respect Ourself’ – Cruz

Patrick Cruz adalah watak penting yang membawa Pahang melangkah ke saingan separuh akhir Shopee Piala FA selepas menundukkan JDT. Masakan tidak, pemain kelahiran Brazil ini melakarkan jaringan hatrik pada malam tersebut di gelanggang keramat JDT, di Larkin.

Setelah Pahang kehilangan khidmat Forkey Doe yang mengalami kecederaan sebelum ini, Cruz membuktikan ketajaman penyudahnya sekaligus membantu Pahang bangkit selepas hanya seri tanpa jaringan dalam aksi suku akhir pertama di Kuantan.

Beliau yang ditemubual penulis melahirkan kesyukuran dan gembira dengan kemenangan pada malam itu.Baginya, kesungguhan pemain dan sikap percaya kepada kemampuan sendiri adalah kunci kejayaan pasukan Pahang pada malam itu. Tambah manis, Pahang berjaya menamatkan rekod tanpa kalah JDT di gelanggang tersebut yang telah dipertahankan sejak tahun 2015.

Bagi saya, ini adalah perlawanan yang hebat. Semua pemain memainkan peranan masing-masing. Kami menghormati mereka (JDT) sebagai tuan rumah namun kami juga percaya dan hormat akan kemampuan pasukan kami sendiri. Kami adalah Pahang. Pasukan yang baik dan mempunyai tradisi sejarah kami yang tersendiri. Jadi kami datang ke sini untuk menang dan akhirnya ia berhasil.

Beliau juga turut menjadikan kesungguhan dan semangat juang yang di tunjukkan oleh rakan-rakan sepasukannya semasa perlawanan tersebut sebagai tonik tambahan buatnya untuk beraksi cemerlang hingga mampu melakarkan jaringan hatrik pertamanya musim ini.

Bila kita memberikan segalanya di atas padang dan bermain untuk pasukan, dengan izin tuhan, ianya pasti akan membuahkan hasil. Inilah yang kami lakukan malam ini. Walaupun beberapa pemain tidak cergas sepenuhnya seperti Matt (Mathew), Safuwan, Sumareh dan saya sendiri, di samping Forkey Doe yang mengalami kecederaan namun kami berjaya memberikan yang terbaik. Oleh itu, saya merasakan kami berhak untuk menang pada malam ini.

Pahang dilanda masalah kecederaan dan kecergasan pemain utama menjelang pertemuan suku akhir kedua ini apabila Matthew Davies, Safuwan Baharudin, Sumareh dan Patrick Cruz sendiri tidak cergas sepenuhnya. Seorang lagi pemain import Pahang, Forkey Doe terpaksa di ketepikan lebih awal akibat daripada kecederaan.

Pahang akan bertemu pasukan PKNP FC dalam saingan separuh akhir Shopee Piala FA.

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: