Berita 

Shopee Piala FA: Saya Kagum Dengan Semangat Juang Pemain – Dollah Salleh

Pengendali skuad Tok Gajah, Dollah Salleh nyata tidak dapat menyembunyikan kegembirannya selepas membawa Pahang ke saingan separuh akhir Piala FA buat kali kedua berturut-turut dengan menundukkan JDT di Larkin malam tadi.

Dollah yang ditemubual selepas perlawanan berkata, segala perancangan yang diterapkannya telah berjaya diterjemahkan oleh para pemain sehingga mampu meleburkan rekod cemerlang tuan rumah di Larkin.

Kami datang ke sini bukanlah ingin bermain dengan corak permainan bertahan. Itu bukan cara permainan kami. Sekiranya anda menerapkan falsafah itu, ia akan lebih memberi tekanan kepada pasukan. Malah saya  sering ingatkan pemain agar kita terus mengasak untuk memburu jaringan yang mampu memberi tekanan buat pasukan lawan.

Pahang nyata bersemangat seawal permainan separuh pertama dan dilihat mampu menyerap asakan tuan rumah sambil kerap melakukan asakan balas yang akhirnya mampu memberi tekanan kepada tuan rumah melalui jaringan Patrick Cruz pada minit ke 8.

Seperti pada perlawanan pertama di Kuantan, saya sering ingatkan barisan pemain tengah untuk menyekat 3 rangkaian pemain lawan di tengah. Alhamdullilah, mereka dapat melakukan kerja ini dengan baik. Ditambah dengan keupayaan pemain penyerang seperti R Kogileswaran yang berjaya memberi tekanan (high pressing) kepada bek tengah lawan sekaligus terciptanya gol kedua Pahang pada minit ke 59.

Dalam pada itu, Dollah turut memuji 2 tonggak Pahang iaitu ketua pasukan, Matthew Davies dan Safuwan Baharudin yang masih mampu mempamerkan persembahan yang cemerlang meskipun dihimpit kecederaan.

Davies dan Safuwan yang terlepas aksi ketika bertemu Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super akibat kecederaan sedikit merisaukan saya. Namun, pada perlawanan tadi (Jumaat), dua pemain ini dilihat bersemangat untuk diturunkan meskipun, Davies tidak menjalani latihan sebelum ini. Apa yang saya terapkan kepada mereka sebelum perlawanan berjaya diterjemahkannya.

Pada perlawanan suku akhir kedua semalam, Pahang berjaya menewaskan JDT di Larkin dengan jaringan 0-3 di mana ketiga-tiga gol itu dihasilkan oleh pemain import Pahang dari Brazil, Patrick Cruz.

Pahang bakal bertemu pasukan PKNP FC dalam perlawanan separuh akhir yang dijadualkan pada bulan Jun. PKNP berjaya mara ke saingan separuh akhir selepas mengejutkan Felda United di Jengka dengan jaringan 1-2.

Foto: Media PBNP

 

Facebook Comments

Related posts

Leave a Comment

%d bloggers like this: